Monday, September 23, 2013

ولباس التقوى ذلكَ خير

Bismillah.

Oh saje nak share teringat satu perbualan lebih kurang begini dari manusia-manusia tinggi imannya;

"Wah harini saya kena pergi kelas awal waktu sebab harini saya pakai t-shirt tulis ***** (sesuatu yang megah sebagai perkara baik)."

"Yeke camtu. Hari-hari pun kita kena pergi kelas awal la."

"Hehe memang la. Tapi harini pakai t-shirt ni, segan la kalau perangai teruk."

"Sentiasa kena tunjuk akhlak baik kan, sebab hakikatnya kita memakai pakaian taqwa."


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." ((Al-A'raf: 26))

Maksudnya apa, bukan dengan pakaian luaran sahaja melambangkan nilaian. Sebab Allah kata taqwa yang menilai.

Dan taqwa tu bukan la pada luaran, sebab takkan lelaki nak kena pakai purdah dan tubung labuh kot baru dikira baik? Tak adil kan, hehe.

So, taqwa.
Rasulullah kata;  .التقوى هاهنا، التقوى هاهنا، التقوى هاهنا sambil Rasulullah tunjuk kat dada (hati?)

Manusia-manusia tinggi imannya ini, hebat. Dalam setiap perbualan, perbuatan segalanya pada mereka ada sahaja yang mendekatkan, mengingatkan, menyentak hati saya (agar sentiasa pada Allah)

Semoga saya terus diberi peluang bersama sahabat-sahabat begini. Dan sahabat-sahabat saya mendapat peluang yang sama juga. Dan saya dapat bagi perkara yang sama pada sahabat-sahabat saya kesemuanya. Ouchh, aamiin.

Wallahu a'lam~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...