Monday, February 17, 2014

"Aku-dekat"

Bismillah..

Suatu hari ketika iman yang kita bela-bela ini merosak jatuh sedikit demi sedikit dan aku memeriksa pada bahagian mana ia mulai buruk.

Aku dapati, keculasan aku pada doaku membuatkan aku semakin menjauh dari Allah. Aku terlalu takut permintaanku akan suatu hal ini ditolak oleh Allah maka aku memilih untuk, berhenti berdoa. Supaya tiada lagi hati aku berharap akan perihal itu.

Lalu suatu masa menunggu senggang kelas dan kedahagaan ketika puasa, aku membelek tafsir Fi Zilalil Quran yang telah selalu menusuk hati tulisan Syed Qutb (semoga Allah meredhainya).

..Perihal puasa tersusun, dan kemudiannya suatu hal yang begitu menenangkan ini meleraikan, kiranya berat ibadah puasa itu, Allah memujuk hati-hati ini dengan;

 ((وإذا سألك عبادي عني فإني قريب. أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي, وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون))

Aku mendapati sifat macho yang selalunya aku bela begitu tumpas apabila mengenai kelembutan, ramah dan sayangnya Allah pada aku. Betapa, kata-kata Allah ini amat dekat mengenai aku, pada waktu paling perluku.

"Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu"

1- Terus Allah menjawab sendiri persoalan hambaNya; Aku dekat. Tanpa sebarang kata ganti atau ayat perantaraan lain.
2- Terus juga Allah bagitau bahawa Dia mengkabulkan.

Tidaklah sebegitu sahaja dua perihal itu berlaku melainkan datang bersamanya hal "Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Melihat sebuah hadith ini
إن الله تعالى ليستحي أن يبسط العبد إليه يديه يسأله فيهما خيراً فيردهما خائبتين
Sesungguhnya Allah malu, kalau hambaNya menadahkan kedua tangannya kepadaNya untuk meminta suatu kebaikan, lalu Dia menolaknya dengan hampa.

Aku seakan, sifat Maha apakah yang Allah miliki ini? Allah malu jika tidak mengkabulkan permintaan hambaNya? Padahal Allah berhak dan tersangat mampu untuk tak kabulkan. melting tsk tsk.

Ada juga hadith yang Syed Qutb kongsikan; "Akan dikabulkan doa asalkan dia tak tergesa-gesa dengan mengatakan aku dah berdoa tapi belum dikabulkan."

Menangis-nangis hati aku kerana akulah yang sedang tergesa-gesa dalam berdoa. Permintaan aku begitu banyak. Berharap mengikut hatiku, berangan setinggi gunung, berdoa seciput cuma, berusaha malah tiada.
Lantas mengharap pengkabulan yang segera?

Aku mendapati, betapa keseluruhan ayat ini mengenai tepat pada aku pada waktu yang paling tepat. Dengan cara yang sangat, dekat.
Begitu juga keseluruhan tafsiran, hadith yang dibawa bersama, persoalan dan huraian Syed Qutb sangat serasi dengan keadaan aku.

Dan aku yang bermalasan mahu berdoa mendapati, aku telah rajin kini.
Semoga aku beristiqamah.

Wallahu a'lam.

*Minta maaf lah lama bersawang-sawang. Sampai dah lain dah style nak menulis ni, semoga semuaaaaa faham. Jemput baca sendiri Fi zilal, Al-Baqarah: 186 :)

3 comments:

Anonymous said...

kinahhh T.T ana rindu nak dengar nti syarah tafsir.. nak dengar, baca x de nada nti T___T

Anonymous said...

salam...pnjg la sket kinah lama x post ni pendek je..huhu

Anonymous said...

حياك الله اخت. و من الديث المشهور: يقول الله - تعالى -: انا عند ظن عبدي بي وأنا معه إذا دعاني) رواه مسلم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...