..بسم الله الرحمن الرحيم
Saya tak boleh baca buku Dalam Dekapan Ukhuwah tu.
Rasa macam hati tercarik-carik.
Terlalu berjuta Salim A.Fillah mengetahui sejarah kisah persahabatan saya.
Sehingga banyak sekali tamparan yang diberikan dari penulisannya.
Betapa buruknya;
saya menyantuni semua sahabat-sahabat saya.
Atau kenalan sekalipun.
Dan seorang sahabat saya ini.
Saya dulu, memang rapat dengan dia.
Seorang kawan saya. Ke mana kami banyak bersama.
Mungkin tempat yang sama menjadikan kami rapat?
Tidak ikhlasnya ukhuwah saya.
Suatu masa kami sekali lagi bersama.
Di suatu tempat yang jauhhhh dari keluarga, mahupun saudara-mara dan kenalan rapat.
Saya berpesan begitu begini pada dia untuk persediaan ke tempat itu.
Terbayang-bayang lagi di mata saya akan mesejnya; Kita saling perlukan, tolong jangan tinggalkanku, kau saja faham aku.
Tapi kerana suatu hal kecil, hal bodoh.
Emosi saya culas.
Serasa tidak mampu lagi diri ini punyai seorang bergelar sahabat setopeng itu.
Dengan seperti langsung tiada mengenali saya.
Meninggalkan saya sewaktu suatu penyakit itu menyerang saya.
Sakit yang sama, cara yang sama, sekian lama saya bersamanya.
Entah mungkin dia penat dengan taktik membisu saya apabila sakit.
Atau sudah lupa bagaimana harusnya menelusuri emosi sakit saya itu.
Atau dia memang tiada tahu.
Atau apa atau apa.
Apa pun saya gembira dia sudah ada banyakkk teman baru disana.
Facebooknya tatapan saya.
Statusnya lepasan rindu lara hati saya.
Dan doa sentiasa menjadi teman saya.
Tapi maaf, untuk saya seperti dahulu lagi saya benar langsung tidak mampu.
Untuk ketika ini.
Walaupun menyimpan rasa begini juga tidak tertahan.
Jiwa berkocak dan jiwa ini juga sendiri memujuk.
Jadi biarlah saya terus membina ukhuwah yang biasa-biasa sahaja dengannya.
Meskipun dalam ego ini, ada sekelumit rasa.
Betapa saya menyayanginya tulus.
Kerana Allah.
Andai ada yang membaca picisan hati kali ini.
Dan seakan mengetahui atau benar mengetahui akan isinya.
Tolong saya sampaikan perihal ini.
Bahawa saya masih menganggapnya sahabat saya.
Walau sekaki mana dia memijak hina saya.
Kerana saya percaya;
"وألف بين قلوبهم لو أنفقت ما في الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم إنه عزيز حكيم"
"And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise." ((8: 63))
Terima kasih jika ada yang membantu saya menyampaikannya.
Saya sendiri belum mampu berdikari menyampaikannya sendiri.
Wallahu a'lam :')
1 comment:
Semoga dipermudahkan.
Post a Comment