"Sakinah, come here I want to tell you something."
(berbendul aku menyeret kaki ke arah rakan sekelasku-warganegara Somalia.)
"La'anahullahu ilaik..(laknat Allah ke atasmu)" katanya mantap setelah aku duduk disebelahnya.
Berpinar otakku.
"Apesal?"
"I see. Sekarang kau tengok lidah aku."
"MashaAllah, kenapa lidah kau terbelah?"
"Sekarang, tengok gigi aku" Sambil menganga menunjukkan gigi bawahku yg berlapis mengakibatkan lama kelamaan secara tak sengaja lidahku berlekuk mengikut keselesaan geselan gigi.
Aku hanya perlu mendapatkan kepercayaannya untuk peringkat awal. Kepercayaan untuk dia mendengar penjelasanku seterusnya nanti. Justeru, itu reflect action aku dan akhirnya dia bersuara kendur;
"Abang aku dulu nak pakai juga, tapi aku tak benarkan merujuk hadith tu. Err tapi kes mcm kau ni, kau perlu pakai kalau tak nanti memudharatkan."
Masa tu dalam hati aku, Yes padan muka kau! Erkk astaghfirullah786..
Segeraku membersihkan hati dan mula bercerita padanya.
"Pada pendapatku, melalui apa yg aku pernah belajar.. Hadith tu berbunyi;
Rasulullah SAW bersabda: "Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening."
((HR Bukhari & Muslim))
Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadithnya:
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." ((HR Bukhari & Muslim))
Aku mengaku apa yg aku pakai ni sabit dalam apa yg dinyatakan dalam hadith. Tapi ilmuwan telah membahagikannya kepada 2 hukum;
Kalau ikut umum hadith, ia akan jadi haram kalau buat semata-mata untuk kecantikan & nak jadikan wajah lebih menarik. Tak silap aku Imam Nawawi cakap dalam Syarah Muslim, akan jadi haram, kalau atas sebab-sebab camtu. Tapi kalau sebab keperluan perubatan, atau yang seumpamanya, jadilah ia harus."
Pastu aku bagilah contoh-contoh yg akan jadi haram. And contoh-contoh jadi harus, bg dia jelas. (Eh macam malas nak cite kat sini, kalau nak tau korang boleh je search, sure ada. Takpun boleh mesej aku)
Aku menghela, bajet dah selesai. Tiba-tiba dia bunyi lagi;
"Kau belajar ke tentang hadith ni atau kau baca-baca je?"
"Aku belajar."
"Masha Allah! Nanti aku nak tanya kau lagi.."
kebetulan lecturer masuk dan nak start kelas. Lega jugak aku. Boleh la aku balik belek-belek kitab-kitab semula sebelum sambung berbincang.
Cuak jugak sebenarnya. Yelah, dia tu takhassus Fiqh woo. Aku ni budak umum je. Kroikhh7.
Hati aku mmg berbisik syahdu masa tu, kalau kau tahu betapa seksanya pakai besi-besi menyemak ni, then kau takkan sangka aku/ majo akan memakainya secara suka-suka. Wuwuu..
Btw. Ada classmate aku (budak Malaysia) yg alergic gila dgn kawan Somal aku ni. Sebab budak Somal tu memang strict gila. Tak habis-habis tegur kitorang budak-budak Malaysia ni pasal-pasal hukum ni. Yelah pasal fiqh.
Contohnya dia pernah jugak sound pasal;
"Kau akan ditelan bumi, sebab musik adalah haram sedangkan kau suka mendengarnya."
Ataupun,
"Rasulullah melaknat kau, memakai seluar kerana menyerupai pakaian lelaki."
Dan lain-lain.
Akhirnya aku hanya mampu begini;
"[nama beliau], kau kena faham. Ini tentang Fiqh. Yg mana Fiqh sendiri memang ada 4 mazhab yg masing-masing Imam mereka menghormati pandangan mazhab-mazhab lain meskipun mereka berbeza pendapat. Kami akid dengan Shafie sedang kau mungkin dari yg lain-lainnya. Jd kau tak boleh sewenangnya menghukum dengan umum hadith. Sebab tu kita kena belajar. Kalaupun kau Shafie, budaya kau dan kami berbeza. Kita tak perlu berdebat atau berhukum taakid perkara yg memang jelas ada khilafnya. Kau pegang apa yg terbaik, begitu juga kami. Dan saling menghormati pendapat/ pegangan yg lain. Asalkan tak langgar hukum asas. Sebab ni Fiqh, bukan Aqidah. Kalau aqidah, ye takleh main kau-kau aku-aku."
Tapi aku perlu sedar 2 perkara dari pengalaman ini;
1- Ini peluang untuk aku belajar becakap, dengan gunakan nas-nas jelas. Kalau boleh tak nak dah word "Tak silap aku, macam, kot, dll" yg melambangkan ketakpastian aku. Kecuali kalau aku memang tak belajar lg. Maksudnya aku kena hadam bebetul ilmu-ilmu ni, untuk aku, untuk sampaikan. Kata nak jadi lecturer. Huhu
2- Ini peluang untuk aku lebih terbuka. Terima, dengar, faham. Pandangan-pandangan orang lain. Belajar untuk berhujah secara aman, tanpa merasakan aku betul kau salah dsb.
Hu, menyamaratakan dalil naqli dan aqli. Quran hadith dan logik akal- ciri2 pendakwah ni. Ehem.
Btw, ini pengalaman. Bagaimana bersekolah di Int. University yg majority nya bukan warganegara Malaysia. Kalau duduk kat IPTA/S lain, mesti pengalamannya lain walaupun base nya mungkin sama, hal-hal keagamaan.
Aku perlu memandang sahabat-sahabat sekelilingku dengan yg positif.
"Sahabat yg baik adalah yg mebawamu mengingati Allah dari melihatnya, pertuturannya, tindaknya."
Dan aku akui, mereka sahabat yg baik.
Eh sebenarnya aku nak cerita pasal benda lain sekali. Tapi post ni mcm panjang sgt je, nanti bosan nk baca (aku yg bosan nk re-check). Doakan la blog ni tak di-tiri-kan dah, then aku nak cerita satu kisah masa aku kat Mesir dolu2.
P/s: Maaf terguna 'aku' instead of saya yg lebih natural selama ni ku gunakan. Mungkin sebab terbiasa kalau translate dialog arab kpd malay, will translate as aku not saya. Never mind, still sama maksud kan :)
Wallahu a'lam.
4 comments:
oh, so bolehla ni buat bracer.. untuk kes macam saya, gigi sangat teruk tunggang terbaliknya.. rasa macam nak buat je.. btw, buat kat mana?
boleh je.
buat la kalau perlu.
ni buat dekat klinik gigi gvment, tp tggu que lama la dlm 5/6 tahun lps register baru skrg depa panggil buat. bwh umur 21 free, atas 21 RM700.
kalau buat kt swasta 2 hingga 4k+, xde que2 :)
pernah juga gi government, tapi dia kata hanya untuk budak yang masih bersekolah. T_T
anyway, thanks for the info. nampaknya terpaksalah gi swasta~
Lol. Haram police. Lgpn benda khilaf kowt. Org mcm ni la yg mmbuatkn org lg jauh dr islam. Mungkin niat baik tp cara salah. Btw this is the most interesting post i've ever read. Kalo de lbh detail psl pnerangn hadith tu best jgk. Blh blaja psl hadith at the same time
Post a Comment