***
"Setiap apa yang telah kita bualkan, adalah di rakam. Sekali lagi buat kes, rakaman ini akan di siarkan."
Zappp!
Serasa bagai jantung ini ditusuk sedikit & dia hidup kembali. Tadinya dia telah mati. Logiknya ialah imannya. Imannya telah mati tadi. Oleh itu dia telah bergelumang dalam suatu maksiat. Lama. Sehingga terabai waktu solat.
Setelah mendengar ucapan dari pakcik polis itu, dia tersedar. Bukan hanya tersedar takutkan ugutan pakcik polis, tetapi lebih.
Dia terbayang, Allah Maha Melihat- tidak pernah tidur atau lalai walau sedetik, kurang, apatah lebih. Maka, pastinya rakaman Allah itu lebih hebat! Tidak perlukan CCTV
Lalu dia menangis semahunya.
Teringat perihal menangis. Menangis kerana takutkan Allah. Menangis mengenangkan dosa. Menangis membayangkan, apakah syurga atau neraka yang akan menjadi penghabisannya kelak?
Sungguh gentar hatinya saat itu. Moga-moga tangisan itu tangisan insaf. Air mata sedar akan dosanya. Air mata taubat nasuha, yang benar-benar ikhlas.
(( إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ))
"Sebenarnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu." -AlFaatir: 28-
Selesai zohor berjamaah bersamanya adiknya yang baru menjangkau 5 tahun, dia berzikir. Terbayang di kepala-mata-hati-minda nya akan silap yang telah dia lakukan. Sekali lagi, dia menangis.
Tiba-tiba adiknya bangun. Berdiri & menunaikan solat sunat.
Ahhh! Lembut benar Allah menyantuni dia.
(( اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ ))
"Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." -AsSyura: 19-
Mari menyemai iman, mari mengaut ilmu. Mari berhijrah. Anda mampu mengubahnya! :)
P/s: Kutip segala yang baik. Asalkan faham, mari amalkan & ajarkan! Dengarkan sedikit hadiah ikhlas untuk anda ;)
Wallahu a'lam.
3 comments:
alhamdulillah.. ciri2 org beriman,,mudah tersentap & tersedar lantas insaf & bertaubat.....allah maak~
sukee lagu imaannnnn tuhhh!!!! fi amanillah skinah =))
Semoga post ini membuka mata hati. bukan sahaja mata zahir.
Post a Comment