Ehehe. Post dari bumi berkat, Mesir.
Saya mahu kongsikan suatu cerita hebat yang saya lalui bersama beberapa teman saya di sini petang tadi. Tadi. Baru tadi. *dah tak berapa nak tadi. Post ni dah lama terperap dalam draft. (7/1/12)
Cerita satu.
Kami bertujuh di dalam tramco (sejenis van-servis awam di sini). Dari ARMA (Asrama Malaysia) ingin ke Asyir (baca sebagai sepuluh dalam arabic.) Saje nk berjalan, buat broadband, ke cc & rumah Anak negeri di sana.
Kami bertujuh sahaja dalam tramco bersama pemandu. Tiada penumpang lain. Lama. Hampir-hampir kami tiba ke destinasi, baru ada 4 lelaki arab tahan tramco. 1 darinya buta. Eh x pasti. Yang pasti dia seperti orang tak nampak jalan. Dan dia tersilap tahan tramco. Bila ditanya destinasi si buta itu, sepatutnya dia berada di jalan seberang. 2 dari 4 lelaki arab tadi pun naik memenuhi tramco.
Mulanya saya tak begitu faham apa yang terjadi. Kenapa driver jalan slow je. Sampai kereta belakang dah bising main hon. Bila melihat mata driver tramco & 2 lelaki arab yang dah masuk tramco merujuk pada suatu arah, kami mula fokus & memahami situasi.
Tahu apa?
Seorang lelaki arab yang sepatutnya nak naik tramco ini memimpin si buta tadi ke seberang jalan. Bukan sekadar itu, malah menunggu, mencarikan &, menahan tramco serta memastikan si buta tadi selamat menaiki tramco ke destinasinya. Kemudian dia berlari semula ke arah tramco kami. Naik & duduk dengan tenang. Tramco pun bergerak seperti sediakala.
P/s: Baiknya penumpang tu. Sanggup dia menolong si buta itu sebegitu hebat!
Murni pula driver tramco kami ni. Rela kena hon semata menunggu penumpangnya membantu yang memerlukan.
Gahhh Gagah Misriyya!
Cerita dua.
Dalam sesak-sesak bas. Saya mengomel sendirian, "Kalau kat Syria, lelaki arab sana akan dengan relanya berdiri atau mencangkung demi bagi seat pada perempuan, orang tua dsb. Kenapa arab Mesir tak macam tu punnn?" *bengang tengok makcik arab terkial-kial diri di celah himpitan manusia.
Tiba-tiba ada seorang kudung kaki, bertongkat, naik ke dalam bas dan mengedarkan bacaan Al-Mathurat se-size IC kepada setiap penumpang.
Saya tersenyum & memuji. Mudahnya cara me-menarikkan dakwah!
P/s: Sebenarnya dia nak minta sedekah. Tapi okay what cara dia. Huhu.
Justeru saya berjanji;
Tak mahu membanding beza kelembutan dll orang arb Mesir & Syria. Dan tak mahu memandang mana-mana pun dari kekurangan mereka. Kerana saya ke sini mahu menggarap segala yang baik & positif yang ada disini. Dalam redhaNya. Masing-masing, mana-mana pun ada lebih-kurang nya. Yang kurang, tauladan. Yang baik, amalkan! Jom lahh ;)
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.
P/s: Maaf tiada gambar atau warna warni memeriahkan post. Saya berniat kongsi cerita indah ini. Harap sudi terima kehitam-putih-an cerita saya. Agaga salam sayang rindu-rindu untuk para pembaca. Sama ada yang memang menunggu posting saya atau yang terbaca secara tidak sengaja, doakan saya! Terima kasih. Hihi. *apesal entah gedik.
1 comment:
tramco tu cm servis kt syria ea mokk? cool la cte yu!~~
Post a Comment