Thursday, September 29, 2011

UiTM dihatiku! ops,



Bismillah.

Alhamdulillah masih berpeluang menge-post.
Alhamdulillah selesai sudah semester satu di UiTM Lendu.


Senyuman untuk anda! :)

Myths.

Orang biasanya kata, UiTM ni pelajar-pelajarnya teruk.
Orang jugak kata, UiTM Lendu paling teruks sebab terkumpulnya budak-budak MeSComm (Communication & Media Studies.)


Tapi saya kata,

UiTM adalah dunia realiti.


Ini adalah trademark penyemangat untuk diri sendiri supaya tidak lari dari UiTM.

Di UiTM, *huhu gaya macam promoter
Anda boleh jumpa yang sekejap-betudung-sekejap-seksi.
Yang duduk sama kolej, sama level dengan saya tapi bergaya lelaki. *Ergh selalu terkejut terserempak dia.

dll.

Saya pernah menerima ayat ini,
"Eh jangan dekat, aku baru lepas merokok."
dan ayat ni,
"Kinah, nak join usrah korang."

Kaunter Pertanyaan.

Sahabat sekelas & sebilik adalah berasal dari latar belakang biasa. Biasa, termasuklah dalam urusan agama.

Suatu ketika sedang kami berehat-rehat dalam bilik. Tiba-tiba seorang dari sahabat saya menunjukkan suatu buku "Soal-jawab Fiqh". Buku tu buku Alaf 21, bermakna buku yang diiktiraf.


A: Dalam buku ini cakap, bacaan yaasin & tahlil tu bida'ah. Bida'ah tu apa?

Saya: Err. Perkara yang tak dilakukan oleh Rasulullah, yang di ada-adakan. Terbahagi kepada dua, bida'ah baik & bida'ah tidak baik. Bida'ah baik macam contohnya tahlil tu lah, dia tak melanggar hukum & tak pula diamalkan Rasulullah. Bida'ah tak baik, sebaliknya. Fuhh~

B: Tak faham laaaaaa. Tengok ni, buku ni cakap lagi, menyapu muka selepas bagi salam solat tu pun, bukan sunnah, jadi elok tinggalkan. Tapi ustaz-ustaz ke imam masjid, biasa je nampak diorang buat.

Saya: Ala, yang tulis tu ustaz yang belajar hadith. Buat apa tanya ambo lagi? *kalau boleh, memang nak mengelak dari jawab! Erm, zaman Rasulullah, sahabat-sahabat biasa datang pada Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu keraguan terutama tentang amalan-amalan ni la. Kadang-kadang Rasulullah jawab perkara tu direct, "tak boleh", "haram", etc etc. Tapi kadang-kadang Rasulullah cuma diam je. Maknanya, takde la tak boleh tapi Rasulullah tak jugak buat pun perkara tu. Kecuali yang berkenaan Aqidah, Rasulullah strict. Pehe?

Dan soalan famous adalah ini:

1-Macam mana solat orang yang meminum arak?
2-Kenapa ada orang yang tak pakai tudung, tapi dia solat?

dan paling killer, ini:
Kenapa ada jugak orang yang tahu agama-agama ni, tapi berzina jugak, kadang-kadang orang biasa lagi baik.

Erk.

Iman turun naik. Dapat pahal ke dosa ke bla3 tu semua urusan Allah. Tapi, solat tu kan mencegah dari perkara mungkar. Sepatutnya bila solat, yang lain, settle InsyAllah. Bila jadinya orang yang solat, tapi masih buat kemungkaran lain, makna ada la yang tak sempurna dalam solat dia.
Masa dia solat, niat ikhlas kerana Allah, insyAllah dia dapatlah pahala solat tu. Masa dia buat maksiat, sama je la, dosa juga.
Orang tahu agama, tapi buat maksiat, sekurang-kurangnya dia tahu dia buat maksiat & dia sedar perkara tu dosa. Jadi dia bertaubat. Berbanding orang yang tak tahu agama, dia buat maksiat pun dia tak sedar-sedar, jadi dia pun tak taubat-taubat. TAPI, orang yang tahu sesuatu tu hukmnya haram, tapi nak buat juga, adalah lebih hina dari orang yang tak tahu sesuatu hukum tu haram & melakukannya. Kita kan, kena cari ilmu. Wajib. Kemudian amalkan, & sampaikan.


Mental.Fizikal.Intelek.Rohani.

Siapa kata masuk UiTM tak boleh bertahan? Culture-shocked bla3.
Masuk UiTM lah lagi kena bersedia dengan segalanya. Lagi kena bertahan, kuat.


Saya pernah terfikir, habislah lupa segala ilmu agama yang pernah aku belajar sebab tak dapat nak reuse balik bila kat uitm nanti. Diorang mana kisah.

Tappp, Silap!

Lagi la kena bersedia.
Kalau result cukupmakan saje, jangan mimpi nak dapat hormat. Apatah lagi nak berdakwah.
Kita memang akan jadi 'Kaunter Pertanyaan' lagi-lagi dalam hal agama ni.

Kita akan mudah bawa dakwah bila mereka menerima kita.
Mereka akan terkejut bila kita aktif dalam koku dll.

Kita memang kena jadi luar biasa!
Mempertahankan tarbiah kita, & mentarbiah mereka.

Tengok saje lah, superb tak superb soalan mereka. Ternganga-nganga nak jawab. Memang ada beberapa soalan mereka yang saya hold dulu. Tanya yang pakar & baru jawab. Fuh.

Inilah dunia realiti.

Macam mana lah saya tak jatuh cinta pada UiTM?
Mengajar saya kuat. Megajar saya matang. Mengajar saya berhujah dengan Al-Quran & Hadith. Selama ini saya menimba, kini saya harus menyampaikan segala ilmu & pengalaman yang ada. Tak banyak ilmu yang ada, yang sikit tu lah yang bermakna.

Alhamdulillah Allah meletakkan saya di UiTM.
Terima kasih pada ummi & ayah. Yang sangat menguatkan. Juga jadi rujukan, bila saya ditubikan dengan soalan-soalan killer.
Dan insan-insan lain yang mebantu melalui doa. Secara langsung atau tidak.

*ops macam penutup kalau buat folio time dulu-dulu la pulak. hihi

Apapun, penilaian Allah itu lebih utama.
Sekarang baru selesai sem-1 di UiTM, beginilah pandangan saya terhadap UiTM.
Moga saya terus thabat di atas jalanNya, bersama semua sahabat lain. Aamin.


"Buat mereka yang mahu melihat & berfikir."

Wallahu a'lam.

9 comments:

Anonymous said...

haaa tu diaa stlah skian lama mnyepi akirnya timbul2 pji uitm lak...nice post!

Mastura MY said...

huaa.... template suda lain..fenin2....

congratz dik, moga terus bertahan... eh and lagi satu. sakinah salah msg nombor kot coz akk xde receive sms dari sakinah pn :)

Anonymous said...

insyaallah,semoga awak terus thabat dalam usaha dakwah awak di sana. ada hikmahnya. jadi,senyumlah. usrah apa ada di UiTM Lendu tuh? ISMA ke?

Nur Sakinah Nabilah, said...

ahaks. mestilahh, penat kumpul idea nk puji UiTM ni keh3

kak mas, kte pun x phm oh template ni. tbe je ada. haha.. ok noted :)

trimas, doa2kan lahh :D mcm2 ada, usrah yg diorang nk join tu under IKRAM. atiqah kah ni? hihi

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=SghLTvuP8z4&feature=related

ce try bukak,saje nk kongsi..cm de kaitan sket dgn sstgh soalan2 kwn2 awk...tahniah utk nda! =)

Anonymous said...

alhamdulillah.IKRAM? ,bukan atiqah oh. ;) bersama2 la bergerak untuk mengembalikan fikrah islam ;)nice post!

Nur Sakinah Nabilah, said...

insyAllah. mohon doa selalu :)

adibah aziz said...

tinggalkan penampar :P
pastu nak komen banyak2 .

Nur Sakinah Nabilah, said...

yg ni x fhm.
dh kenapa tetibe je?
ke awk saje nk bgtau kte ur blog's link wahai adibah aziz?
grr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...