Monday, May 4, 2020

Agama bukan candu

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu masa, saya secara tidak sengaja telah di minta oleh seorang wanita untuk mengajarkannya memperbaiki bacaan al Quran di sebuah masjid. Masjid tersebut merupakan sebuah masjid besar dan mewah berhampiran kawasan perumahan golongan bangsawan. Setelah melihat kepada jadual perjalanan masjid, kami memutuskan suatu masa untuk dijadikan sebagai masa pengajian wanita ini agar tidak mengganggu sebarang aktiviti masjid.

Meskipun  kami hanya duduk berdua di hujung sudut ruangan pada waktu tiada sebarang aktiviti rasmi masjid, tiba² datang seorang wanita saya kira lewat 60 an meninggikan suara kpd kami, meminta kami keluar dan menamatkan sesi pengajian al Quran tersebut kerana beliau terganggu ketika hendak melaksanakan solat sunat apabila mendengar suara bacaan al Quran dari wanita yg meminta saya mengajarkannya al Quran ini. Kata makcik tersebut, ustaz kata (merujuk kpd ilmu yang diperolehi dari kelas pengajiannya (?)) orang yang solat lebih utama berbanding orang yang sedang tilawah, jadi mesti menghormati mereka yang sedang solat dan tidak membuat bising +$7={¢=✓=€)$(

Kami terdiam. Kami diperlakukan seperti kami telah menceroboh masuk ke bilik persendirian makcik tersebut dan merompak barangan peribadinya pula.

**

Berapa ramai manusia yang merasakan dia telah beragama padahal sebenarnya dia gagal dalam beragama? Dia merasakan cukup, tenang dan baik dengan banyaknya melaksanakan bentuk² ibadah solat, puasa, pergi berjemaah di masjid dan menghadiri banyak majlis agama. Agamanya hanyalah pada ritual semata².

Sedangkan agama yang sebenar adalah suatu cara hidup yang sebati, ia berkekalan dalam diri kita dalam semua setiap satu urusan kita. Agama bukan hanya sekadar di cari saat hati merasa gundah dan melepaskan ia pergi dari hidup setelah hilang resah. Dia tak hanya dicari untuk medatangkan rasa tenang dan damai.


Agama yang sebenarnya akan menjadikan kita lebih manusiawi. Bukan kah dunia adalah ladang akhirat? Jadi, agama mesti sebati dengan humanis. Jangan terpenjara hanya dengan keindahan si jubah dan cerita solat malam yang penuh dengan linangan air mata, kalau hakikatnya kita tiada hablumminannas yang membumi dalam jiwa.

Firman Allah SWT ini wajar kita renungi untuk situasi ini:

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Surah an-Nisa’: 36

Maksudnya:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;"

Menurut para ulama, tuntutan agar berbuat baik (kepada ibubapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran dekat & jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan even hamba pun) ini di ikat dengan ayat yang menyeru agar kita bribadah dan tidak berlaku syirik kepada Allah.

Nak kata sama besarnya keperluan melaksanakan kedua tuntutan ni; baik tidak syirik kpd Allah dan berbuat baik- ia sama² besar dan penting.

والله اعلم

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...