Bismillah..
1- Minta maaf kepada yang tertunggu-tunggu update :P
2- Ya, saya akan cuba aktif berblog kembali insya Allah :
3- Minta maaf post ini mungkin pelik, kekok B)
4- Di sebabkan saya pernah berjanji untuk menceritakan tentang 'Syria', jadi post kali ini sedikit kisarannya ;)
Pengalaman 1.
Sambil berjalan meneroka Suq Hamidi, saya leka bermain 'yahoo messenger' dihandphone. Tiba-tiba azan Asar berkumandang. Saya ke masjid berhampiran & berwudhu'. Jemaah sudah di rakaat pertama ketika saya masuk semula ke masjid. Saya duduk dan sambung berchattingsemula kerana keadaan cemas saya saat itu.
Ketika jemaah masjid di rakaat kedua, saya bangun & menunaikan fardhu Asar secara sendiri & saya selesai solat terlebih dahulu dari para jemaah. Lantas saya menyambung berchatting.
Tiba-tiba seorang 'mak arab' menepuk saya & memarahi saya. Saya terkesima.
Pengalaman 2.
Hari Jumaat itu hari di umumkan akan tercetusnya Demostrasi Aman. Saya ke tempat mengaji Quran seperti biasa. Ketika sedang menunggu servis untuk pulang ke rumah, tiba-tiba terjadi insiden polis-menembak-seorang-lelaki-arab-di-depan-mata-saya. Semua yang sedang menunggu servis lari bertempiaran. Saya yang tidak faham situasi juga turut berlari.
Tiba-tiba, tapak kasut yang saya pakai tercabut. Akibatnya saya tidak lagi cemas malah ketawa malu. Siap sempat update status 'yahoo messengger', "Di kejar polis sampai tercabut tapak kasut."
Pengajaran Pengalaman 1.
Setelah mendapati saya diam seribu bahasa, makcik tersebut bertutur menggunakan Bahasa Arab Fushah. Barangkali dia memahami saya jahil ArabAmmi.
"Di mana kau letak Allah?"
Itu soalannya. Mana tak tergamam saya. Saya tiada hujah. Saya sedar saya leka. Biarlah sesesat mana pun saya waktu itu atau atas apa jua alasan sekalipun, Allah tetap yang utama. Apatah lagi waktu itu waktu solat fardhu.
Saya menggariskan tiga kesalahan di hadapan makcik tersebut sebelum mengucapkan terima kasih.
-Saya tak menyertai jemaah.
-Saya solat secara kelam-kabut.
-Saya leka dengan dunia, handphone.
Pengajaran Pengalaman 2.
Seorang pakcik kedai berhampiran melihat aksi tapak-kasut-saya-tercabut dan datang ke arah saya.
"Mengapa kau berlari sehingga tapak kasut kau tercabut?"
"Sebab aku melihat semua orang berlari dan aku ketakutan."
"Di mana kau meletakkan Allah di hatimu wahai penuntut Ilmu?"
Saya, terdiam tanpa bunyi.
Hadiah Allah Pengalaman 1.
"Kau ambil 50 liyra ini. Ambil teksi & pulang ke rumah kau. Kau solat asar kau, semula!"
Hadiah Allah Pengalaman 2.
"Mari duduk di kedai aku, minum & aku gamkan kasut kau."
Kesimpulan Dua Pengalaman.
Alhamdulillah, semurni ini hati Ummat Muhammad di Bumi Barakah ini.
Bagaimana murni pula hati pemilik kepada setiap hati-hati ini? Sungguh Allah itu Maha Lembut & sering menegur ummatnya dengan cara yang lembut & sesuai untuk ummat itu pula.
Biarpun campur sesat-sesat, 50 liyra itu cukup-cukup sahaja. Biarpun sebelah petangnya gam sudah tidak melekat lagi. Tapi cukup! Cukup menyedarkan sekeping-hati-yang-leka :)
P/s: saya membawa pulang ilmu ini. Mari belajar sanad Quran! Saya sudi berkhidmat. Agar rakyat Malaysia semuanya tahu membaca Al-Quran, sebetul dengan cara yang Nabi Muhammad S.A.W bawa. Free of charge. Jom! :D
Wallahu a'lam.
14 comments:
ralat: tulisan buruk & x berwarna.-tuan belOg-
subhanallah!
mohon share
uhibbunur~
silakan.
Kalau boleh bagi link tempat di share & kongsikan link blog ini di situ juga lebih best. ok? :)
pengalaman yg menarik..tq 4 sharing =)
bljr mna skrg ne??
Amir Saifullah,
Sama-sama.
muhdevori,
Tgh tggu pinangan universiti2 msia la ni. huu~
Assalamu'alaikum.
Tahniah saudari berjaya mengembara ke bumi barakah Syria.
Semoga menjadi sayap kanan yang utuh untuk lelaki-lelaki soleh.
Salam kejauhan, yang sering memeningkan-
Uhibbuki,
selamat untuk anda!~
subhanallah! indah sungguh cerita mu wahai sahabat. menarik. good job dear! :)
subhanallah! indah sungguh cerita mu wahai sahabat. menarik. good job dear!
ana dah bagi email pada kaitou_nur@yahoo.com. bagaimana ana boleh join kelas? sementara cuti sem ni. boleh?? ;D
AQ,
alhamdulillah. insyAllah :)
anony,
dah reply kat email :)
subhanallah.. menarik sungguh ceritanya.. jika tidak keberatan.. urusan apa di syria? belajar ya saya tahu.. tp kos apa.. dan berapa lama di sana?
Daurah Bahasa Arab, di Universiti Syeikh Ahmad Kftaroo, Damascus, Syria. & Talakki Al-Quran bersanad :)
3 bulan je, alhamdulillah :)
Post a Comment