Bismillah.
Alhamdulillah, berjaya menyentuh keyboard untuk update blog kesayangan yang hampir bersarang ini.
Kain, hujan dan manusia.
Saya teringat suatu hari jumaat. Hari itu saya akan pulang ke rumah. Usai kelas, saya singgah di ampaian kolej sebelum naik ke bilik bagi tujuan mengangkat
pakaian.
Langit tengahari jumaat itu sangat tenang. Mungkin bertanda-tanda hujan akan turun, atau mungkin hanya tenang sepanjang hari.
Setenang-tenang langit, 4 helai pakaian yang saya jemur pagi tadi sudah kering dan boleh di angkat. Saya memeriksa satu persatu helaian.
Di celah semak-samun pakaian, saya terkejut apabila seorang senior yang sedang menyidai pakaiannya bersuara mengomel seorang diri barangkali.
"Adoi, mendung je langit, janganlah hujan."
Penuh harapan dan kemudian bertanya kepada saya,
"Agak-agak hujan tak hari ini? Hehe"
Saya sengih tunjuk gigi sambil fikir, apalah nak jawab ini. SPM pun science B je. Apa lagi nak kaji cuaca.
"Entah la kak.. Ha tapi, jom kita baca doa jemur kain, nak?"
Soal saya mencuba nasib.
Senior itu mula create muka pelik.
Saya sedikit bingung sambil dalam hati bermonolog,
"Logik kah ajak orang tak dikenali pendirian latar belakangnya ini tiba-tiba kepada perkara kebaikan yang bukannya perkara wajib?"
Senior itu bersuara mematikan monolog saya.
"Doa jemur baju? Ada ke? Tak pernah dengar pun."
"Haha memanglah, doa ini kte reka sendiri. Setiap kali jemur baju, kte baca. Harap-harap Allah tak marah lah dengan doa yang kita baca setiap hari ini."
"Oh ye ke? Apa dia doanya?"
Muka berharap dia mula bersemangat.
"Ya Allah, jangan Kau turunkan hujan rahmatMu ini ke atas bumi ini kecuali setelah aku mengangkat pakaian-pakaian ini dalam keadaan kering, bersih & mudah urusan lainku. Sungguh Engkau Maha Mengetahui & Merancang Yang Terbaik apa yang tidak kami ketahui."
Tiba-tiba senior itu memeluk aku. Terharu barangkali.
Analogi dari itu.
Manusia, mudah menerima suatu perkara saat amat memerlukan. Siap terharu.
Walaupun mat rempit sekali pun, andai kita minta dia berhenti merempit dengan alasan yang sangat terkena padanya, dan cara penyampaian yang selera dengan gayanya, insyAllah selesai kerja.
Kalau perkara yang kita isukan itu kena dengan kehendak seseorang saat itu, pasti dia boleh melakukannya.
Sampai-sampai suatu hari, senior itu menyapaku kembali dan berkata,
"Dik, trimas! Hari tu, baju akak tak kena hujan. Dan hari-hari lainnya juga."
"Haha ye ke? Alhamdulillah, sekarang kan hujan kerap malam saje, siang pula redup dan jarang-jarang panas. Kan?"
Semuanya dari Allah.
Terus, amalkan doa-doa harian!
P/s: Gambar sekadar hiburan :D
Wallahu a'lam.
8 comments:
dakwah mantap!
cayalaaa ukht!!! hi9
apa rahsia org mudah menerima kita??
hehehe~
betul kinabel! doa x semestinya daripada apa yg kita pernah dgr je.. yg plg penting adalah doa dripada hati yg hadir bersama2 dgn doa yg dibaca.. x kiralah ape doanya~
[ilham hayaat]
Anonymous 1 dan 2, alhamdulillah. terima kasih :)
Anonymous 3,
entahh :D
"selesai hubungan dengan Allah, insyAllah selesai hubungan dengan manusia."
"yang disenangi oleh penduduk bumi itu, kerana semua penduduk langit telah menerimanya terlebih dahulu impak 'amalnya' kecuali itu adalah ujian untuk dirinya."
Ilham hayaat,
kata-kata anda sentiasa menggembirakan sayaaa! terima kasihh ;)
syukran...:)
anonymous 3
Anonymous 3,
afwan.
nak gelak kjap-HAHA
ok dah.
tahu kenapa?
kelakar.
anda rela menamakan diri dgn anonymous + 3 sedangkan anda punya nama tersendiri yang indah ;)
kinabel!!!!
Post a Comment