Saturday, December 18, 2010

Menjadi raja seHARI

Bismillah..


Raja Sehari.

Gelaran ini biasa dikaitkan dengan pengantin baru. Terutama yang sedang meraikan majlis kenduri kahwin.

Awal umur saya dahulu, saya tidak begitu faham men
gapa orang kahwin dikaitkan dengan gelaran raja tak tentu pasal? Sehari saje pulak tu.. Pelik.

Tapi saya biar saje persoalan tak begitu penting itu diam dalam kepala saya tak berjawab.
Suatu masa dahulu (ceh macam nak bed time story), saya berpeluang ke satu kenduri kahwin. Majlis naqibah saya sewaktu saya di
tingkatan tiga. Muallimah Nazneen binti Ismail. Itu pertama kali saya ke walimah dengan agak kagum. Sebelum tu pernah juga, sewaktu walimah Muallimah Umi dan beberapa walimah yang lain. Tapi seingat saya majlis kahwin naqibah saya ini mengagumkan saya.

Dosa Sehari.


Muallimah berpakaian biasa. Tiada make-up, tiada labuca-labuci, tiada kilat sana-sini. Biasa. Pakai baju kurung biasa. Tudung labuh biasa. Yang luar biasanya ialah keserian iman diwajahnya membuatkan tetamu yang hadir masih dapat mengenal pasti muallimah sebagai pengantin.

Saya ke walimah itu dengan keluarga saya. Kemudian, saya pulang ke asrama, saya menceritakan perihal ke kenduri ini kepada sahabat-sahabat saya yang tak berpeluang pergi. Saya turut menceritakan kekaguman sa
ya.

Lantas bunyi satu suara dari sahabat say
a,
"Respect la.. O
rang selalunya even time biasa-biasa pakai muslimah, time kahwin mesti nak 'special' sikit. Maklumlah, raja sehari."

Alang-alang sahabat saya membuka topik, saya pun meleraikan bungkam di minda yang terperuk lama,

"Kenapa orang kahwin digelar raja sehari eh? Dan kenapa pulak awak kata muallimah macam tak taasub sangat deng
an gelaran raja sehari?"

Sedikit tawa kecil dari semua sahabat saya. Mungkin mereka menahan gelak kerana 'kelampian' saya tentang makna disebalik raja sehari. Kemudian sahabat saya tadi menjelaskan dengan panjang lebar,
"Yelah, digelar raja sehari sebab hari dia kahwin tu, dia jadi orang yang special. Semua orang sambut dia. Dia pakai cantik-cantik, luar biasa. Semua wish dia. Senyum kat dia. Bagi hadiah kat dia. Dia tak banyak buat kerja
(even actually pengantinlah paling penat kot :P). SEMUA MATA MENADANG KE ARAH DIA.. Kita kata muallimah macam tak t
aasub dengan gelaran raja sehari tu sebab, macam awak kata lah, muallimah pakai biasa-biasa. Maksudnya, muallimah tetap juga menjaga dirinya dari dilihat secara taasub oleh mata-mata yang tak sepatutnya. Biarpun bergelar raja sehari. Takkan lah dengan sehari menjadi raja itu, bermacam-macam mata yang melihat dengan pelbagai tafsiran itu menjadikan si pengantin tak pasal-pasal tukar gelaran menjadi Dosa SeHARI?. Na'uzubillah.."

Baru faham Bahasa Melayu.


Setelah dijelaskan oleh sahabat saya itu, baru saya begitu memahami apa makna gelaran raja sehari yang biasa diguna pakai. Hampeh sungguh tingkatan tiga baru faham. Haha..

Saya tak pasti sama ada maksud yang sahabat saya jelaskan itu benar dari segi istilah asal kalimah atau tidak. Tapi begitulah yang saya pegang s
ehingga sekarang. Antara sebab saya kagum dengan Muallimah Nazneen sampai sekarang, sebab dari walimah Muallimah la saya mula mengerti suatu vocab mudah. Hehe

Penolong Ketua Umum Hira' sesi 2008/2009.

Alhamdulillah tadi berkesempatan ke majlis kahwin Kak Nur Najihah binti Abdul Muhaimin. Sekali lagi, saya melafazkan rasa syukur. Inilah nikmat iman yang Allah beri. Alhamdulillah Kak Najihah juga menjaga tatasusila raja sehari mengikut syariat yang Islam gariskan.

Saya tak berkesempatan sembang lama dengan pengantin. Tetapi sembanglah dengan adik & sepupunya melafazkan syukur saya.


Semoga Allah membantu kehidupan status baru kalian dalam membina teguh Islam yang takkan runtuh.
Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada pasangan ini hingga kelak bertemu & menetap kekal disyurga bersama pasangan & keluarga tercinta.
Tahniah buat kak jee dan suami :)

Wallahu a'lam.

22 comments:

farhanaJB said...

wauh tak penah tefikir..tengs kak..

SyaMin 14130401 said...

em, btul jgak tu.. kdg2 pun pernah terfikir jgak dlu2, bukan ke pakai yg simple2 tu lbeh baik, means kat sini scara sderhana..so xla bnyk sgt mata2 yg memandang (terutamanya mmndang pngantin prmpuan)..

Anonymous said...

fuyyohh kinabell caya la.. i like like like like..

Anonymous said...

alaa xdpt gi k.jie tdi...waaaa

krew ILI said...

saudari sakinah, saudari tak teringin menjadi krew iluvislam?
tulisan saudari penuh santai dan bermanfaat, silakanlah..
saya tunggu kehadiran tulisan dari saudari di iluvislam.com

Anonymous said...

cute sweet sweet :D

yana KHK said...

rindu kak geee!!!!!

Anonymous said...

wooo akherny post ko ade gmbo keh3

Anonymous said...

haritu ada orang cakap kena rasa tua pastu ada orang cakap kena rasa muda pulak macam manatu??? sorry takda kaitan ngan tajok

Anonymous said...

haha klaka

Nur Sakinah Nabilah, said...

krew ILI,
ahah. x sampai seru pun lg keh3

anonymous,
ha? xphm..
erm, mcm ni la..
kte kena rasa kita dh tua spya kte rasa mcm kte byk buat dosa so kte berhati2 dr tros berdosa. lgpun, ble rasa diri tua, dia akn ingt mati. org yg ingt mati kn org yg bijak..
& kte kena rasa kte muda plak sbb org muda ni hammasah dia tinggi dlm jihad. dan pemuda la yg diperlukan dlm arena jihad..
:)

Anonymous said...

habis nak rasakan diri kuta yang mana satu???

Nur Sakinah Nabilah, said...

rasa la diri kte dua2.. spya kte bleh dpt manfaat bg kedua2 status :)

Anonymous said...

Xde gambar pengantin ke? Sebagai contoh cara pemakaian yg ikut syariat ? Mungkin bagi saya jugak kak,xdapat bayangkan mcm mane pemakaian yg akak tulis.

Nur Sakinah Nabilah, said...

anonymous,
oh ok nk kena mntk izin tuan gambar dlu la ye.. insyAllah akak try, tggu ye! :)

Anonymous said...

Terima kasih kak.
Mmg simple.
Dan xde la dapat dosa seharian.
artikel yg sangat berguna kak.
Terima kasih.

Dafinullah said...

salam ukhti.. ada sahabat (ikhwan namenye) minta sy share post ni.. minta kebenaran ye dr tuan punye ladang.. syukran...

Nur Sakinah Nabilah, said...

Ibnu Darwin, tuan pnya ladang x bg keizinan lg, sudah terpost ye? hehe btw xpe je, silakan moga bermanfaat :)

Dafinullah said...

terima kasih ye saudari..hehe..
ini adalah seseorang yang suruh post sebab dia takde blog..akhirnye blog sy jd mangsa... syukran...

za4all@yahoo.com said...

Rabbana hablanaa min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun waj alnalil muttaqii naimaaama..

Be mindful of Allah...Allah see to those of taqwa..
za4all@yahoo.com

za4all@yahoo.com said...

Rabbana hablanaa min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun waj alnalil muttaqii naimaaama..

Be mindful of Allah...Allah see to those of taqwa..
za4all@yahoo.com

Nur Sakinah Nabilah, said...

ummi, thanks2..
allahumma amiin :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...