Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.
Alhamdulillah, kita sudah melalui penutup tahun 2010 beberapa hari yang lalu.
Kita telah berjaya mengharungi detik 365 hari dengan jayanya setelah berjuta kali terjelepok, tersungkur.
Pekerjaan selepas SPM.
Semenjak berlabuhnya tirai saya sebagai pelajar sekolah, saya tidak ada aktiviti khas. Mungkin yang lain-lain mengisi kebosanan dengan bekerja, belajar seni (menjahit, memasak dll). Tapi tidak saya. Saya menjadi penganggur sepenuh masa.
Ops, boleh juga pekerjaan saya adalah-suri rumah sepenuh masa. Menguruskan hal ehwal keluarga bahagia saya. (padahal tak terurus mana pun rumah ni.. :D)
Justeru, waktu pagi saya setelah semua yang lain meneruskan tugasan (sekolah & bekerja), saya mula addicted dengan PSP. Sampai-sampai saya terdengar 2 adik saya berbual:
"Ish, Nina sekarang pun asyik main PSP je oh.."
"Ntah.. Tau la dah habis SPM.."
Ceh. Memalukan.
Buruk (-) Game.
Saya sebelum ini, adalah orang yang paling tak suka pada game.
Tak suka melihat orang main game.
Dan apa-apa asalkan namanya game yang menggunakan alatan eletrik (komputer, laptop, PS, hp, dll).
Meskipun mereka akan bertegas bahawa game yang mereka main amat bermanfaat, saya tetap tak suka.
Ummi pernah berkata dengan lagak engineer:
Radiation dari barang-barang letrik ni sangat tinggi & membahayakan. Bertambahlah saya tidak berminat hal berkaitan game.
Ummi juga pernah menasihati dengan nada ibu penyayang:
Game ni diciptakan hanya untuk menjadikan kita seorang yang tidak tahu menghargai diri sendiri. Kita akan main game dengan aim kita akan menang. Malangnya kita tetap kalah dalam perlawanan-perlawanan tersebut. Ini supaya kita akan terus bermain dan berusaha untuk menang. Meskipun hakikat game di wujudkan adalah untuk kita kalah & akhirnya kita hanya membazir masa. Orang kata, main game supaya hilang stress, tapi, bila kita kalah, kita menjadi lebih stress.
Baik (+) Game.
Ketika saya hanyut dalam dunia PSP yang ntah pape.. Saya terfikir;
Game ni (dirahsiakan namanya), kalau saya mampu memungut markah banyak, bila tiba-tiba sampai satu masa nyawa saya hampir tamat, maka markah yang banyak itu mampu cover sedikit sebanyak secara tak langsung untuk hidup mati perjalanan game saya.
Itu saje yang saya nampak. Yang lain, game hanya membazir masa & ye, menambah stress! hehe..
Analogi dari game.
Kita, apabila kita biasa mengisi diri kita dengan amalan yang membawa pergantungan kita kuat pada Allah, suatu masa nanti, bila kita hampir lemah, Allah akan menarik kita kembali. Kerana Allah sayang kita. Kita mentaati Allah. Kita menjaga Allah, Allah menjaga kita.
Setuju?
Jadi saya berkata pada adik lelaki saya:
"Kalau nak main game, set masa. Contohnya awak nak main game bola, awak boleh main 1 perlawanan saje. Atau sehingga mana-mana kumpulan membuat jaringan gol pertama sahaja. Atau 15 minit sahaja. Cukup! Jangan sampai berjam-jam. Kalah atau menang, berhenti & buat kerja lain."
Dia mengetap bibir:
"Nina pun kena macam tu jugak!"
Erk. Hehe.. Insha Allah, sama-sama bermanfaat.
Wallahu a'lam.
11 comments:
LIKE!
btul2.. kna bg limit masa, jgn smpai terlebih2.. klo x, bakal terleka..
terkutuklah orang yang berkata tetapi tidak melakukannya. betul, moga sama2 beramal =)
tp bila dah addicted susah lahh nak stop.....arghhhh
ili ili... hihihi
Betul! Sokong, macam kalau kita baling batu ke dalam air, riak air adalah mengikut saiz, kg jisim batu tersebut. Andaikata batu kecil, ringan, air yang beriak & terpercik juga kecil dan sebaliknya :)
Ana pun nak buat analogi jugak... hehehe, rindu nti~
bestnye awk nie pndy ar wat idea syok2 sy skula bese tpi rasa mcam sonok dgn islam pas ce blog awk thx3!!! p taon nie xdew post penutup mcam taon lps ew?
xde ke tmpt yg kte leh tkn then nnt de publish kt fb dll uh? uat la button tu nk share ngn kengkwn fb hehehehe
Anonymous,
thanks.
SyaMin 14130401,
yep sama2 mengingatkan :)
Anonymous,
Hah, btol3! hujah dr AQ~
yot,
nk 1000 daya, x nak 1000 dalih :P
krew ILI,
bi ma'na? hehe. insha Allah dh pnah try tp x pass :(
Hamba Allah,
hoho ana baru mandi sg siang td tp xde plak terfikir. btw btol. anda mmg terbaekk! :D
Anonymous,
Alhmdulillah hidayah milik Allah :)post penutup? haha 31 dec hrtu xde kt umah so lupa.. :D
damiacc,
thanks. ahah xde la plak. klau perlu, akn di usahakan insha Allah ;)
boleh cuba lg..mybe yg amek post saudari haritu org yang strict.
saya suka game! PSP pun bes apa...
Post a Comment