Friday, December 3, 2010

sampah bawa tuah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

3 Dec 1972.

Merupakan tarikh penghijrahan secara total family mak saya, dari warganegara Singapore ke Malaysia.
Ya, atuk & nenek saya ada misi & visi tersendiri dalam merangka yang terbaik buat masa depan anak-anak mereka. Macam semua orang tahu, Singapore lebih 'kebaratan' dari Malaysia. Mendapat serangan pemikiran lebih dulu. Lebih membangun maju, pesat. Kepesatan inilah mudah membawa kesesatan. & ini membuatkan atuk berfikir jauh untuk masa depan anak-anaknya. Jalannya, Hijrah. Ya, hijrah. P/s: Ni atuk yang kata. Orang Singapore yang baca, jangan terasa pape :D

Ma'al Hijrah.

7 December depan adalah 1 Muharam. Di mana dalam sirah Nabi Muhammad SAW, tarikh 1 Muharam ini memulakan banyak perkara dalam sirah Islam yang kita dapat sampai hari ini. 1 Muharam-tarikh Hijrah Nabi & penduduk Mekah ke Madinah.

Dalam buku teks sejarah tingkatan 4 (mode: SPM) pun semua tahu sebab-sebab penghijrahan ini berlaku. Meskipun buku itu sudah di 'orientalis', tapi semua tahu sebabnya. Di mana ketika itu penduduk Quraisy Mekah masih tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita. Pengikut Rasulullah & Rasulullah dipulau. Nah, Islam dirasakan sukar untuk disebarkan di sana. Justeru atas arahan dari Allah SWT melalui Surah Al-Anfal, Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Islam tersebar luas, kita dapat Islam, cuma masih mengejar kesempurnaan dalam pengamalan kita. (Try your best!)

Atuk & Rasulullah.

Yang saya lihat sekarang ini, atuk mengambil sunnah Nabi. Saya kagum dengan atuk saya. Berhijrah. Kerana hijrah bukan bererti kita lari dari masalah yang sedang dihadapi. Tetapi hijrah membawa kita gigih berusaha meneruskan hidup yang sementara dengan jayanya.

The Chosen One.

Teringat lagu Maher Zain yang sekarang sedang famous. Kalau dilihat dari video yang ada di youtube bila di 'search' lagu ni, rasa macam video dia, "pergh..~" "subhanallah.."

Saya terfikir. Selama saya melihat video itu, apakah saya sudah mengambil pengajaran & mengamalkan isinya?

Saya & Rasulullah.

Suatu ketika dahulu. Ketika saya sedang menyusun selipar & mengemas bahagian laman rumah, saya terasa begitu geram.
Jiran rumah saya sewenangnya menggunakan kipas dibahagian dewan sekolah & tidak menutupnya kembali. & sampah junkfood yang anak-anak dia makan juga dibiarkan bersepah.
Angin datang meniup, terbang lah sampah yang banyak ke halaman rumah saya.
"Aish. Pengotor la. Pandai-pandai la jaga anak. Sampah tak kutip. Kipas tak tutup." Saya bermonolog, geram.

Tiba-tiba saya teringat kisah Rasulullah dengan jirannya. Yang membuang sampah & najis ke depan rumah Rasulullah. Saya teringat video The Chosen One juga. Rasulullah tidak marah. Malah melayan baik dengan menziarahi serta memberi makan ketika jiran itu jatuh sakit.
Ah, tidakkah saya cuba memahami. Barangkali anaknya menangis tadi, justeru dia berkejaran mendapatkan anaknya tanpa sempat menutup kipas & memastikan lamannya itu bersih. Berbaik sangkalah sebolehnya. Lalu saya mengutip sampah-sampah. Jua menutup suis kipas.
Meskipun perkara itu berulang. Saya ingin usaha juga untuk bersabar tapi bukan bodoh. Bersabar dengan hikmah. Kerana saya ingin mengamalkan sunnah Rasulullah. Kan dah dekat ma'al hijrah, takkan tak nak berubah? ;)

Alhamdulillah.

P/s: Nanti jangan lupa baca doa akhir & awal tahun. Kalau tak hafaz or tak tahu, boleh search kat pakcik google, insyAllah ada :)

P/s: Maaf kerana kebelakangan ini post tak stabil. Ia tiada kaitan dengan SPM pun. Bajet gempak saje.. :P


Wallahu a'lam.

10 comments:

meah said...

seronok.aha.jum dnga tanyalah ustz pg jumaat smpai ahad ni.tajuk transformasi ulul albab.oleh dr danial.ada kaitan ngan ma'al hijrah gak.selamat menghayati.moga Allah redha kamu.

Anonymous said...

belog tade button like keh??like this post so much!! <3 hihihi

tun kilau said...

hang ni kannn suka wat tajuk gempak2
sebbek bez kih3x

Anonymous said...

yiihhu dah tahu sejarah kedatagan korang ke malaysia!

Anonymous said...

hehe..ni kalo slalu terlupa tutup kipas tu,kna bgtau ni.. yela, saling mengingatkan.. insya Allah :)

Nur Sakinah Nabilah, said...

meah, thanks. tp pg td x sempat dgr :(

anonymous, kena refer kat pengasas lah. ni pengguna je :P

tun kilau, gempak ke tajuk dia? hang je kott..

anonymous, klau tau pun nape ye? :D

anonymous, x phm :|

meah said...

nape ta sempat dnga pulak?tido eyh??hehe

Nur Sakinah Nabilah, said...

eh meah, camne tau? :P
bkn la. pg2 lg dh g joging. lupa nk dgr ;)

meah said...

dah kurus buat apa jogging.yeke nanti meah tanya ummi keyna nanti boleh caye ke.hehe.jum ym.

Hamba Allah said...

Salam ma'al hijrah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...