1-Bukan tak nak update blog. Cuma kurang iman.
Sekarang baru habis trial SPM & detik menunggu result.
Detik ke SPM pun makin menghampiri dengan rate tinggi.
Saya tahu effort saya, jadi saya tahu apa yang bakal Allah sediakan buat saya.
Usaha sedikit, hasil sedikit-hakikat & normal.
Usaha sedikit, hasil banyak?- tanda Allah tegur tu, jangan riya'!Usaha banyak, hasil sedikit-ada rezeki besar menanti lain masa.
Usaha banyak, hasil banyak?-Allah nak bagi kita selalu syukur.
2-Masalah hati punca iman kurang.
Saya tetap hambaNya yang sehina-hina. Lagi-lagi bila mana diturunkan rasa cemburu yang melampau dalam hati.
Bukan cemburukan soal cinta okeh. Cemburu pada kawan sendiri. Saya rasa ini lebih bermasalah.
Saya hendakkan lebih dari apa yang ada dari kawan saya sendiri. Dia A+, saya mahu A++. Begitulah analoginya.
Lantas saya adukan pada seorang teman lain tentang perilaku saya yang saya kira suatu masalah hati. InsyAllah bukan kategori mengumpat.
Teman saya naik musykil kerana mungkinkah seorang sahabat cemburu dengan kejayaan sahabat sendiri?
Saya gelak. Malu. OH~
Mahmudah VS Mazmumah
Ringkaskan, saya explain begini;
CEMBURU
Ramai yang memandang skop cemburu antara kekasih atau suami isteri sahaja. Hakikatnya tidak. Malah cemburu lebih luas skopnya. Cemburukan orang soleh sehingga rasa ingin beribadah sepertinya atau lebih darinya. Cemburukan orang berharta yang mampu terus memberi. Atau cemburukan orang berilmu yang boleh terus beramal & menyebarkan ilmunya.
Semua ini ialah cemburu yang positif, asal tiada harapan atau perbuatan untuk menjatuhkan orang lain.
"Maka berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan" (5:48)
Saya cemburu kawan saya beroleh lebih kebaikan dan manfaat lantas saya berusaha gigih untuk jua mendapat kebaikan & manfaat seperti kawan saya. Inilah saya mahu amalkan seperti kataNya tadi.
Malah kan Allah suka pada suatu cemburu terhadap sesuatu yang patut dicemburui.
Sabda Rasulullah S.A.W: "Antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah adalah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi". (HR Abu Daud)
HASAD DENGKI
Sama maksud dengan cemburu. Namun ia selalu digandingkan bersama dalam ayat sebagai penegasan kepada buruknya sikap ini. Kerana, hasad adalah suatu harapan agar luput suatu nikmat terhadap orang yang saya dengki. Kesannya, saya akan membuahkan sikap mencela, mengumpat, menyakiti dengan perbuatan atau perkataan & sebagainya. Saya takkan mendapat apa-apa daripada tiap tindakan negatif saya ini. Saya akan hanya membuang masa menjatuhkan orang lain walhal saya sendiri tak sempat berusaha untuk peroleh kebaikan.
Daripada Abu Hurairah R.A, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya hasad dengki menakan kebaikan seprti api memakan kayu api". (HR Abu Daud)
Hasad dengki hukumnya HARAM sebagaimana sabda Nabi Muhammad; "Janganlah kamu saling membenci, saling dengki-mendengki dan tidak bertegur sapa. Sebaliknya jadilah saudara kepada hamba Allah dan tidak harus seorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari". ( HR Muslim)
Na'uzubillah saya akan melakukan yang mazmumah.
Saya tahu mana yang baik kan?
Maka saya akan pilih yang baik! :)
Nota tapak kaki: Hati saya sudah dimiliki. Oleh sifat mahmudah ;) Saya suka cakap dengan semut, cubalah! :D
Wallahu a'lam.
18 comments:
fuhhh......ingtkan dimiliki sesape....cauks tol saba jek dak nihhh....
haha sampai salah2 taip?
cauks?=apakah cuak?
rileks la.. ana available okeh..
hehe
hahaha.. saya juga rindu nak cakap dgn semut.. rindu nak ckp dgn langit2.. rindu mahu ckp sama bintang2.. lagi rindu saya mahu cakap sama tuhan.
alhamdulillah..:)
jap2 ckp ngan semut..?
best ke..?:p
aspirasiku,
yes tepat. sentiasa rindu nak ckp dengan Tuhan. dah solat isya'? :)
amirullah,
best2, try la..
Nabi Sulaiman ckp dengan tenteranya kan semut bleh fhm..
Selamat beramal! :P
ouh yeke..
ckp dlm bhasa semut ke..?
ajar ar skit..:p
Amirullah,
Cakap dalam bahasa manusia.
Nanti Allah bagi isyarat kat semut tu, jadilah semut tu faham bahasa kita..
Bleh try and success!
P/s: Mentang2 dah pandai komen blog, sokmo komen je la.. :P
ouh..
ok..
nnty try ar..:p
yelaa org bru nk blaja..
bkn slalu pon komen..:)
assalamualaikum sahabatku yang dirindui...moga kamu dalam jagaan Allah s.w.t...ana tak pasti kamu ingat ana lagi tak memandangkan kita dah lama tak contact...ana harap enti baik-baik sahaja...tahniah untuk post yang penuh nasihat ini...ana senang menerimanya dek keikhlasan yang dihadirkan oleh enti sebagai penulis...sudah lama ana menjadi pembaca setia blog ini biarpun kita sudah lama tidak berhubung...dan hari ini ana hantar satu komen sebab ana sangat merindui kamu...semoga kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu dari post kali ini...jazakillah...ya, ana masih ingat term-term arab yang enti pernah ajar ana...sayang enti...assalamualaikum w.b.t...
-Matrik 08/09-
Amirullah,
haha good luck!
Anonymous,
Wsalam. Terharu sungguh ana. Sorry ana x dpt cam siapa anda. Apa pun, ana amat hargainya. Moga Allah menjaga anda. Doakan ana selalu2.. Ya, sama2 kita beramal.. :)
kina, ni kmahira.matrik 08/09 tu xinagt er?kwn sama ngan akak.dia byk tlg awk especially time awk de mslh dlu.ok this nice post!thumbs up double3
Akak, sOri la kte rasa mcm ingat tp x mungkin kot.. Ok apa kata kte YM. Mcm segan je type sini. Btw, thanks comment & info.
sayang kamu.suka post kamu.
"Antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Adapun yang disukai Allah ialah cemburu yang berisi keraguan, sedangkan yang dibenci Allah adalah cemburu yang tiada ragu-ragu lagi".
xpaham ahh...xplain pls.... :)tq
To Anonymous,
suka post kamu juga :P
To Anonymous2,
InsyAllah serba-sikit macam ni;
Cemburu ada 2:
1-Allah suka-kita cemburu kat orang tapi dalam masa sama kita rasa ragu2 apakah cemburu ni betul? Atau maybe ni suatu hasad yang mebawa kpd syaitan? Means, kita nak cemburu tapi kita ragu2. Bila ragu2 atau kata lain, hati2, hati2 tu membawa kepada kita agar menyemak diri. Memberi peluang pada diri utk muhasabah. Jadi kita tak hanya meluru cemburu buta2. Nah! Allah suka anda yang begini.
2-Allah benci-sebaliknya dari yang atas. Means, tanpa sangsi kita terus2 je cemburu. Memang x bagi peluang pada diri utk baiki & muhasabah. Na'uzubillah, Allah x suka..
*Beza mudah, macam cemburu mahmudah & mazmumah sahaja. Macam cemburu & hasad.
Wallahu a'lam. Kalau ana dah jumpa cara ulama' instinbat hukum or huraian hadith, insyAllah ana share.
Harap penerangan yg ni, anda faham, amalkan & sampaikan.
Maklum.
p/s: dah macam kena buat post baru ni.. hehe
tq kak...da pham...sowi ahh akak kena wat detail2 lak utk jwab kebodohan ktw..tq again i.A ktw cuba amalkan dan gtw owg len..
tq kak...da pham...sowi ahh akak kena wat detail2 lak utk jwab kebodohan ktw..tq again i.A ktw cuba amalkan dan gtw owg len..
haha xde hal la..
bdak pandai, mmg sntiasa nak tau ssuatu yg baru ;)
soalan kamu buat org lain pun bleh fhm jgak incase mereka ada kekeliruan tp segan nk tnya..
so thanks sbb kamu tanya. hehe
Post a Comment