Friday, April 9, 2010

engkaulah, RATU HATIKU..

Bismillah..

3 April-Ulang tahun Hari Lahir Ummi..
Family kami jarang ber'party'
Tapi hadiah sikit-sikit itu, biasalah disampaikan..
Dan ini cerita hadiah tulus dari adik.
Insan kecil bebas dari dosa, penuh perihatin.

KAD HARI LAHIR UMMI.



Biar saya bantu terjemahkan tulisan cantik itu:

Selamat Hari Jadi Ummi. SAZAR lovelove. (SAZAR=gabungan nama parents)

Adik akan bagi 2 jenis hadiah untuk ummi, yang ke-2 tu x berapa istimewa.

Yang pertama, adik akan selalu tolong ummi. Contihnya macam MOP rumah ye..

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.. Engkaulah, ratu hatiku. -FERNLEAF, PILIHAN IBU PENYAYANG-

Terima kasih sebab ummi bagi macam-macam produk untuk adik & amin (cergas & pandai). Contohnya: coklat & susu kambing, Vitamin ZHULIAN dan susu Fernleaf. Ummi memang penyayang. And then, lepas ni, ummi bagi lah adik mandi dengan air wudhu' ummi ke, doakan adik sihat ke!!

Pertama sekali, terima kasih sebab tolong cabutkan gigi adik. Halalkan makan & minum adik tau.. Janganlah selalu nangis ye ummi.. I love you. Nanti selalulah balik cepat ye dari kerja. Waktu ni lah semua yang terimpan dalam diri adik, adik bagitahu.. Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku!!

Ummi ratu hati adik tau..

Rabbighfirli waliwa lidayya warhamhuma kama Rabbayani saghira... AMIIN!!

Ummi, adik doakan ummi panjang umur ye?!

Amin punya kad untuk ummi lagi cantik. Adik punya simple je, tapi kata-kata yang indah. Tapi tak seindah kata-kata AL-QURAN.

SELAMAT HARI JADI UMMI!!

Yang dari Hari Jumaat (26/3/10) tu yang adik kata dalam hati adik, adik ada doakan ummi sesuatu. Yang adik doakan itu ialah: Ya Allah jagalah ibu saya. Ya Allah, kasihilah dia seperti mana dia mengasihiku dari kecil.. Amin ya Rabbal 'aalamiin.. :')

Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu...

Lagu: Bahagiakan mereka hingga ke hujung usia, bila sampai waktu ajalnya.. Anak soleh sebagai harta...

Bye! -Amirah Solehah, adik-

Walau cuma kertas dari buku tulis. Walau cuma tulisan tangan yang cantik. Serius! Saya yang tiada kaitan, bila membaca pun turut menitiskan airmata. Terharu.

Maka ambil iktibar dari ini. Apakah yang mampu saya beri secara setulus ini?

"..Dan berpesan dengan kebenaran..." (al-asr: 3)

"Dan KEJAYAAN sebenar adalah syurga"

Wallahu a'lam. :)

5 comments:

M.A.F. Red-Za said...

subhanallah..
kecil2 lg dah pandai bermain kata..
barakallahu anha..

Anonymous said...

salam.

ana terharu jgak.. T_T kdg² apa yg bdak² kecil ungkapkan, itu lebih menusuk kalbu..

Anonymous said...

bagusnya dedikasi dik. Jom sertai Peraduan Fernleaf Dedikasi untuk Ibu.(tarik tutup-20 julai'10) Senang aje,boleh menang duit & susu Fernleaf bak!

Teja Wafa' said...

so sweettttt & it really touching :)

Teja Wafa' said...

so sweet & its really touching!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...