Bismillah,
Alhamdulillah atas segala nikmat. Senyum! :)
Ok, saya ada 2 kisah yang baru terjadi pada saya tadi, fresh lagi ni.. ^__^
satu.
situasi dalam kelas, waktu rehat.
Usai saya makan roti yang dibeli pagi tadi, saya punyai masa 20 minit lagi sebelum tamat masa rehat. Jadi saya mengambil peluang untuk makan lagi. Kali ini buat rohani pula. Saya buat ulangan.. Al-Quran yg saya bawa adalah Al-Quran yg telah dijilid-jilidkan. 1 jilid = 5 juzuk. Saya hanya bawa jilid 2 memandangkan ulangan saya di juz 10. 2 minit lagi untuk tamat masa rehat, seorang kawan saya menyapa, "Eh tengok kejap. Kecik oh Quran ko, x pernah aku tengok.." Memandangkan itu Al-Quran penuh tanpa maksud, saya pun bertanya, "Ada wudhu' ke nak pegang?"
Tutup perbualan. Kemudiannya, kami bertekak-tekak menegakkan hak.
Kata dia, Al-Quran penuh boleh dipegang meski TANPA wudhu'. Mana mungkin!
in the end nya, saya katakan, esok saya akan bawa buku rujukan saya sebagai bukti pada dia.
Haih, bukan niat nak bergaduh, apatah lagi berlagak. Cuma kadang-kadang memang orang kurang jelas tentang hal sebegini. Sama macam cerita dalam post 'ustazah impOrt' yang lepas..
dua.
dalam bas, perjalanan pulang ke rumah.
Bas belum bergerak, masih menunggu muatan penuh penumpang. Seat di sebelah saya juga masih kosong. Sekali lagi, saya mengambil Al-Quran utk ulangan saya.. 3 minit kemudian, seorang pelajar perempuan India duduk di sebelah saya. Saya dapat rasa bahawa tindakan saya 'mengulang' itu sedang diperhatikan.. Tapi saya abaikan & meneruskan ulangan sehingga capai target saya. Selesai menjejaki target, saya menyimpan rapi Kitab Suci itu.
Terasa sombong pula jika tidak bertegur dgn teman di sebelah itu. Dia kan orang Malaysia. Malaysia kan mengamalkan 'Budi Bahasa Budaya Kita', jadi tak salah kalau saya menyapanya. Hurm, saya mula berfikir cara menamatkan kebisuan sepanjang perjalanan..
"Erm, ada jam tak? Pukul berapa ye?" Saya bertanya. Riaknya tampak terkejut. Sambil mencebik, dia menggeleng laju. Fahamlah saya.. 4 saat kemudian, dia menjuirkan bibirnya sambil menunjuk ke arah jam digital besar yg tegak di dinding hadapan bas. Saya senyum malu, "thanks.." Sebenarnya, dari awal saya dah tau kewujudan jam itu. Cuma, kan saya kata tadi, saya fikir macam mana nak mulakan perbualan. Itu lah caranya! Hehe..
Sesekali dia terlanggar saya kemudian diucapnya "sorry.." Saya meleretkan senyuman, buat-buat ramah, saya menyapa lagi, "form berapa?" Oh, rupanya dia sama form dengan saya.. Di tangan saya ada buku PQS dan BAT. Dia pun tanya, "campur belajar agama, semua sekali berapa subjek?" Selepas itu tiada perbualan berlaku..
Fikir saya, sekejap lagi saya akan turun dari bas. Jadi saya mula memakai beg & bersedia. Pelajar India tadi menyapa saya pula, "nak turun dah ke?" masih dengar jelas pelatnya.. Sambil menggeleeng saya menjawab, "kat depan tu nanti.. lepas selekoh.." Dia senyum dan menyambung ramahnya, "Oh, samalah.."
Kami turun & jalan beriringan. Macam saya dgn kawan-kawan rapat pula, saya selamba mengeluh;
"Ala, jauh lagi nak jalan.."
"Rumah kat mana?"
Merujuk pada Hira', "Sekolah Agama kat dalam tu..., tau?"
"Oh ye.. situ?"
"Yup, rumah kat mana?"
"Tepi kedai perabot, masuk taman kecil.."
"Oh.." Saya membalas ringkas.
"Erm, yang tadi awk baca dalam bas tu kan, apa ye? Sedap. Saya suka dengar.. ape ye nak panggil, mungkin 'muziknya'..."
Tergelak kecil saya. 'muzik?' Haha, ok la di terima..
"Itu Kitab Orang Islam." Mudah saja saya jawab. Dia pasti faham.
"Oh, tapi saya tak pernah nampak orang melayu baca itu. Tadi first time nampak. Terkejut saya. Tapi sedaplah, walaupun saya tak faham.."
"Hehe, dengar ke? saya baca perlahan je.. Biasanya orang melayu jarang dilihat baca kitab tu kat tempat awam.. Sebelum ni, sekolah saya dulu saya Hafal Kitab ni.. So, tadi saya ulangkaji sikit.."
"Oh? Hafal? Kitab tu utk apa?"
"Kalau nak aman, hidup bahagia, jadi org baik, semua suka, SELAMANYA, kita ikut apa yang Kitab tu ajar.. Kitab tu panduan kita la.."
"Oh, terima kasih.. Lepas ni saya nak duduk sebelah awak lagi kalau kita naik satu bas. Saya nak dengar lagi.."
"Haha..Ok je.."
"Ok bye, saya balik dulu." Sambil masuk ke simpang menghala ke tamannya..
Simpang rumahnya memang lebih dekat berbanding saya. Selalunya saya amat kepenatan berjalan seorang. Tapi kali ini. Sepanjang jalan saya senyum. Bangganya dengan Islam! Bangga ada Al-Quran! Muziknya kan sedap.. Ayat dia indah.. Cantik.
Bangunlah, kerana kita:
Rakyat Malaysia-"Budi Bahasa Budaya Kita"
Orang Islam-"Kita dimuliakan kerana Islam!"
"Dan jika TuhanMu menghendaki, tentulah beriman semua orang dibumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti." (10: 99-100)
Nota lari tajuk:
Perantau, rindukan post yang panjang? Ni cukup berjela tak? =)
Saya teringin nak jadi muslimah yang tidak pernah dilekangi oleh teman saat berjalan. Tapi, aliran yang saya ambil, cuma saya seorang saja perempuan & 35 pelajar lelaki. Ah, sabar saje..
Ok, sekian perkongsian. Ambil yang cantik macam isi Al-Quran. Tegur yang kekurangan.
Wallahu a'lam.
13 comments:
mane boleh pegang quran waktu hadas kecil.. kan??
perkongsian menarik!!
bagus-bagus, ingat lagi kena kutuk sebab baca al-Quran masa hari pertama sekolah dolu-dolu.. hahaha tapi abaikan je, 10 pahala 1 huruf tu betul2 membangkitkan niat nak baca banyak2. huhu~
ok. sgt menarik :D
ayat-ayat alquran mmg indah!
tiada kitab yang dpt menandingi kalam Allah ini.
anonymous,
mmg punyai byk pendapat. tp pegangan kita adlh HARAm kecuali bla3...
zala wajik,
yup, troskn tmbh pahala membacanya!
ama,
btol3...
thanks~
=)
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
salam..
moga dia diberi hidayah satu hari nanti..aminn.. =)
Islam datang dari Allah..
terima kasih,
salaam ziarah~
sejuknya hati baca post ini :)
moga islam terus bertapak teguh di hati-hati kita, insya-Allah.
wslm..
insyAllah.. amiin3, thanks!
salam ziarah juga.
semoga ada jodoh bertemu lagi dengan perempuan itu. :)
Sufiyyah,
InsyAllah.. amiin..
;)
ade sesuatu yh perlu nti bace.. nie blog naqib ana...http://abejoes.blogspot.com/2010/03/usah-kecewa-kerna-hidayah-menyapa.html
NAQIB?
insyaAllah..
khair jazakk,
Post a Comment