Monday, March 5, 2012

Terima kasih sebab tampar saya!

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.

Saya adalah kategori manusia-banyak-cakap la jugak. Bermakna bukan pendiam. Walau bagaimanpun, saya juga sering di gelar unpredictable. Ergh! Tak kisah la. Yang penting saya adalah saya.

Kelmarin saya duduk bersembang di sebuah restoran mahal dengan seorang senior saya zaman primary dulu. Lama kami bertukar berita bla3.

Puratanya saya banyak ceritakan tentang kisah saya terutama keluarga saya. Pertama mungkin kerana saya rindukan keluarga saya yang nun jauh di Malaysia. Kedua kerana saya berbangga punya keluarga yang hebat!

Saya paling bersyukur kerana keluarga saya sangat menjaga tentang dua perihal ini. Siapa yang menentang, pasti akan ada hukuman & mesyuarat tergempar hari itu. Tak percaya boleh tanya kakak atau abang saya. Kerana mereka paling kuat menentang. Hihi.

Ianya adalah, WAJIB makan & solat berjemaah! Kepada sahabat-sahabat saya yang datang ke rumah juga, ini adalah perkara utama yang akan saya khabarkan. Sama ada anda mahu makan atau tidak, anda boleh solat atau tidak, anda wajib berada di ruangan itu. Sekurang-kurangnya. Tiada urusan lain yang boleh anda lakukan pada dua waktu itu.

Kalau nak diet, atau dah kenyang, atau lauk tak kena dengan citarasa, tetap wajib juga duduk di tempat makan. Jangan mimpi dapat bebas dari kena serve & kemas tempat makan. *so better makan. Kalau tak rugi kot. Tak makan tapi kena buat kerja. Hehe. Tapi family kami jarang ada masalah tak nak makan. Sebab kami kuat makan & ummi sangat pandai masak!

Harapan lah untuk tidur sampai pukul 7 pagi meskipun dalam keadaan uzur. Atau dapat mandi lama-lama lepas balik riadhah petang. Atau tengok Doraemon masa maghrib.

Walaupun kami adik-beradik ada juga ponteng-ponteng tentang dua ini. Biasa la tu, hehe. Tapi kami sedar hakikat 2 perkara wajib ini. Saya sendiri sebenarnya tak perasan sejak bila hal ini berkuat kuasa.

Tapi dari dua ini, kami dapat banyak manfaat. Walaupun semacam paksaan keras. Tapi tetap nikmat. Kerana ia bukanlah perkara yang Allah larang. Malah di ajak oleh sunnah sendiri.

Dari dua ini kami dapat berjumpa & berkumpul sekeluarga. Mithal kata sepanjang siang semua sibuk dengan urusan masing-masing, kelas-sekolah & kerja. Waktu makan jemaah itu la dapat kami berkumpul dan bertukar cerita. Masa itu la nak kutuk-manja sesama keluarga.

Kalau sebulan dah tak jumpa dek ke asrama, uni-kolej dan sebagainya, bersalaman lepas solat itu la waktu untuk melepaskan rindu. Kalau rindu la. Uhuk-uhuk.

# Okay tamat tentang sedikit isi perbualan saya bersama senior saya. Hamdallah, astaghfirullah~

Selesai berdating, saya pulang ke rumah senior tersebut memandangkan hari sudah malam. Keesokan paginya, saya singgah ke sebuah rumah, berhampiran dengan rumah senior saya itu. Sudah beberapa kali juga saya ke rumah itu. Kali ini tanpa sebab. Alang-alang sudah di kawasan, saya pun membawa sedikit sarapan.

Setiap kali saya ke rumah yang satu ini, saya akan menjadi seorang yang sangat tak-tahu-diam! Sangat childish. Mungkin kerana ahli rumah tersebut terdiri daripada empat orang kakak-kakak yang sebaya kakak saya. Mereka bakal-bakal doctor yang hebat belaka. Justeru secara tak langsung saya merasakan diri saya tersangatlah adik disitu. *kalau tidak, saya adalah paling kakak di kalangan group yang datang sekali dari Malaysia ke Mesir haritu. Huu.

Tiba-tiba setelah seperti biasa saya membebel macam budak kecil cerita pada kakak-doktor-hebat-matang itu, datanglah seorang tetamu. Dia junior salah seorang daripada kakak-doktor-hebat-matang di rumah itu. Junior sewaktu persediaan sebelum ke Mesir tidak salah saya. Tetamu itu sebaya saya, pelajar medic dari Alex.

Nahh, saya kena tampar di sini lah! Apabila saya mendengar apa yang tetamu dan kakak-doktor-hebat-matang itu sembangkan. Begini, tetamu itu baru pulang dari semacam Program yang hebat. Bagaimana Menjawab Soalan-Soalan Hebat dari Non-Muslim. Kurang lebih begitulah tajuknya. Jadi isu yang mereka bincangkan pun sekitar program itu.

Hebat bukan perbualan mereka? Sembang-sembang mereka penuh bermakna! Padahal tetamu itu sebaya saya L Saya mendengar mereka rancak berbual. Lantas saya tertampar!

Ohh tidak! Kalau saya yang sembang dengan kakak-doktor-hebat-matang itu, mereka banyaknya lebih mendengar. Tiada respon teruja, atau kisah mereka pula dsb. Tetapi tetamu itu telah berjaya mendapat respon yang sangat osem!

Kalau saya yang bercerita, semacam kanak-kanak tadika pada cikgunya. Cerita tentang tadi saya makan apa, keluarga saya bla3, bla bla bla dan bla. Sedangkan tetamu itu berkongsi input dia.

Ohhhhhh, tidak matangnya saya! Dalam diam saya menangis. Bergegas bersiap pulang. Saya mengutuk diri. Betapa tiada-apanya manfaat yang saya bawa pada orang dalam sehari-harian saya! Saya banyak bercakap tetapi ianya sifar.

Kebetulan saya tertinggal Al-Quran saya di rumah senior saya yang tadi. Jadi saya berpatah balik ke rumah senior saya semula sebelum saya teruskan agenda lain. Sempat saya mengadukan pada senior saya hal betapa hinanya saya tadi. Puas saya memarahi mengapa saya perlu menjadi begitu tidak matang? Mengapa hal-hal yang saya isukan selalunya keduniaan?

Lembut senior saya menjawab,
“itulah namanya tarbiah! J

Ya, tarbiah (pendidikan) itu bukannya hanya dengan pergi ke majlis-majlis ilmu. Konferens, program, kuliah, talk show, usrah sahaja. Tetapi kehidupan kita ini sendiri adalah tarbiah. Saya tersentak!

Tinggal pendengar-pendengar yang bersembang dengan saya sahaja perlu memanfaatkan apa yang saya cerita saban ketika. Bukannya orang yang bersembang dengan saya itu begitu teruja perlu tahu perihal keluarga & harian saya. Tetapi dari perjalanan cerita yang saya kongsi itulah agar mereka mengambil manfaat. Kerana saya tidak punya ilmu yang banyak. Saya cuma ada pengalaman yang sedikit tetapi amat bermakna bagi saya justeru saya berkongsi.

Walaupun begitu, tak bermakna saya perlu duduk di takuk yang lama. - “Oh apa yang aku ceritakan juga adalah tarbiah. Wow untuk aku!”

Tidak sama sekali. Apa lagi duakali. Okay saya sudah sedar bahawa saya sangat tiada ilmu. Mari berilmu! Agar saya tidak lagi hanya bercerita berdasarkan pengalaman semata.

“Jika mati seorang Anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara. Salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat.” (Hadith)

Wallahu a’lam.

3 comments:

Anonymous said...

terima kasih sebab tampar saya!hahaha....

Anonymous said...

Tarbiyah buat segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyah

Anonymous said...

penceria keadaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...