Bismillahhirrahmaanirrahiim.
Apa khabar anda? :)
Err. Khabar saya lebih-kurang begini.
Sudah dua hari saya terperap dalam Malaysian Hall. Tidak ke sekolah, tidak ke mana-mana. Bosan. Kepala itu la, sakit sangat!
Bila masuk hari ketiga. Saya tak peduli. Saya cakap dalam hati, "Allah je yang tau sejauh mana larat tak larat aku untuk aku pergi kelas. Takkan mahu ponteng lagi?"
Saya gagahkan diri dan pergi sekolah. Hari itu kami pergi naik teksi. Teksi akan menjadi pilihan kami apabila kami berada pada dua situasi. Sama ada sebab kami kaya. Atau sebab kami sudah lewat. Uhuk-uhuk.
Muka saya langsung tak pandai bajet cool kot. Sehingga ustazah di sekolah pun tahu saya tidak sihat. Lantas dia berikan saya ubat & minta saya berehat. Saya pun baring di dalam pejabat. Pejabat itu sebelah dengan kelas saya & rakan-rakan.
Di ruang sebelah, saya dengar mereka sedang gelak-tawa. Ustaz sedang menerangkan & mereka menjawab "fahimnaaaa (kami faham)" Atau ustaz membuat lakonan khas untuk menterjemah sesuatu perkataan, dan mereka sedang ketawa. Mungkin kerana lawak dengan lakonan mantap ustaz, atau mungkin juga kerana gembira bila berjaya fahami maksud perkataan tersebut.
Di pejabat itu pula, saya sedang terbaring. Serius ke-jeles-an! Sambil tertanya, "Kenapa aku sakit?" "Kenapa aku lembik?" "Kenapa diorang selalu dapat je sihat?" "Kenapa walaupun aku cuba jadi sihat, tapi aku sakit jugak?" "Kenapa diorang dapat pergi kelas tapi aku tak?" "Kenapa dan kenapa?"
Dinding kami dinding yang sama. Saya mendengar pen marker ustaz beraksi di atas whiteboard dinding itu. Tapi saya tidak dapat melihat apa yang ditulis. Kerana saya di dinding sini. Di dinding sini saya hanya mendengar bunyi detik jam dinding. Tik tok bunyi itu pada pendengaran saya amat annoying!
Allah..
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." ((Al-Imraan: 139))
Kalian rasa tak yang Allah sangat sayang saya? Saya cuma sakit fizikal, sedikit sahaja di bahagian kepala. Mahu banding dengan adik-sahabat-saudara saya terkini di Syria? Erk! Apalah sakit ini dibanding itu. Jiwa & hati saya masih ada. Seperti mereka. Mereka setia kuat kerana jiwa mereka hidup padaNya. Hati mereka sabar bersama janji-janji Allah. Sebagaimana mereka hebat berjuang, segagah itu juga harusnya saya!
Takkan la sabun je nak kuat~
Jom la baca Qunut Nazilah! P/s, jangan lupa doakan saya. Terima kasih.
Wallahu a’lam.
6 comments:
kite bole chat bersama2 andai kamu sudi berkongsi sakit bersama,jom mkan ubat!!=)
makan sabun tu wei kalau nk kuad gak! hahahaa..gurau3
-amat
syafakillah ya ukhti..
say Alhamdulillah :)
Anony, hebatnya sudi sakit bersama~
Amat, kau diam la! HAHA.
Rayyan, Allahu yashfik. Alhamdulillah! :)
InsyaAllah,semoga cepat sembuh dari kesakitan itu.Amin.
Aamin. Jzkk :)
Alhamdulillah dah sembuh pun! :D
Post a Comment