Thursday, April 22, 2010

Dia sayang saya!

Bismillah.
Apa khabar iman? :)

Gembira.

Bila, Allah direct je tegur kita on the spot bila kita buat suatu kesalahan.
Tanda Allah masih sayang & ingat akan hambaNya meski hambaNya yang seorang ini sentiasa leka.

Tadi, terlampau banyak mengarut & tidak serius. Tiba2 Al-Quran yang berada di tangan boleh terlepas. Tersentak. "Allah sedang menegur anda wahai sakinah.."

Pagi tadi, saat melangkah kaki turun dari bas, saya ditolak kasar oleh seorang lelaki berlainan bangsa. Dengan muka tahan sabar, saya merengus, "Dush! Rasa nak sepak balik je.." Tapi, dua langkah saya jalan, saya lihat awan-"Subhanallah! Comelnya pelangi itu.." Allah hadiahkan buat saya supaya pagi saya dimulakan dengan senyuman, bukan rengusan. Anda lihat pelangi itu? Maka pelangi itu hadiah dari Allah untuk kita! ^__^

Semalam, solat asr jam 6.40 kerana lewat sampai usai menyelesaikan suatu urusan. Lantas saat mengaji malam itu, 6 dari 10 muka yang saya baru mengulang paginya saya lupa dengan maksima. Allah..

Tetapi jangan terlalu selesa dengan keadaan ini..
Maka lekas-lekaslah bertaubat. Allah Maha Hebat!

P/s: Ada sesiapa nak share kan pada saya kisah teguran Allah pada dirinya? Saya mahu jadikan ia sebagai penguat buat saya yang sedang alpa.

Wallahu a'lam.

11 comments:

Anonymous said...

Dia sayang saya JUGA! Dia sayang kita.....hehe

Anonymous said...

pelangi tu utk ana gak!!!!hahaha

Nur Sakinah Nabilah, said...

ye2, pelangi tu utk kita.
and and, Allah sayang kita!
hee:D

Alhamdulillah, yey!!

Anonymous said...

kt penah bengang kt org then ckp BABI tibe terjatuh tersepak batu.....Allah Maha Hebat.....

Nur Sakinah Nabilah, said...

dan itulah teguran yang berhikmah dariNya buat kita.. :)

cerita sekupang said...

And sometimes in life, that’s exactly what happens. In order to save us, something is taken away from us, or given to us in a way we don’t want.

Nur Sakinah Nabilah, said...

oh ye thanks.. :)

'blh jd ape yg kamu suka itu buruk bgmu..'

budak2 said...

ni, nk share satu crito.. suatu blan yg lalu saya agak t'ikut dlm mncari CINTA makhluk.. smpai t'ingt2 dlm solat..(selalunya). satu kali slepas solat asar, saya sprt biasa x khusyuk dlm solat, bahkan t'ingat kpd dia.. saat itu Allah MENEGUR, Imam masjid mgumumkan kpd jemaah spy tggu sat sbb nk solat jenazah..(MASYAALLAH)saya t'kedu seketika dlm solat jenazah.. Rasa bagai Allah b'kata kpd saya:Kalau kau xsey ingt pada Aku saat kamu sdg solat, mka ingat suatu ketika org akan solat kepadamu..

Nur Sakinah Nabilah, said...

masyaAllah..

Mastura MY said...

hm..pernah sedang mengarut dgn kawan-kawan sebilik, tiba-tiba kepala terhantuk katil.

ye, sgt sakit. huuu

Nur Sakinah Nabilah, said...

ye, sangat sakit.
tanda Dia sayang kita kan?
hehe, syukran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...