Wednesday, April 25, 2012

S.O.S!!!!!

Bismillah..

Isyarat pertolongan.



Shiungg! Promm… Tebabommm.. Bumm! *bunyi bunga api, tahu?*

Letupan-letupan bunga api dengan dassat kedengaran di udara.

Si adik bertanya, mengapa ada orang main mercun di tengah-tengah hutan itu, walaupun bukan di musim raya?

Itu boleh jadi petanda. Petanda ada orang kesusahan. Sesat. Yang meminta bantuan pertolongan. Mark supaya orang tahu di sana ada kesulitan.

Bunyi bunga api salah satu cara segera meminta pertolongan.

Cerita famous amos.




Kalian pernah tonton cerita Ultraman? Atau superman? Atau spiderman? Sailormoon? Atau paling kepoh, cicak man. Confirm pernah!

Perihal rakyat yang duduk di sesuatu Bandar. Dan kemudian di serang oleh sang raksaksa. Atau terjadi suatu jenayah. Atau kemalangan. Yang memerlukan penyelamat segera datang memberi bantuan!

Lantas dengan gagah si Hero pantas timbul. Ada yang terbang, guna jari, guna lidah dll.

Tak kisah lah. Pokoknya, perlu tiba segera di tempat kejadian. Perlu selamatkan keadaan.

Jengjengjengg!

S.O.S


*background lagu Zawfan, Mirwana*

Begitulah yang saya kira keadaan ummat masa kini (khususnya Malaysia)

Mereka sedang meminta bantuan segera dari kita super-super Da’ie!

Lihatlah kerosakan-kerosakan, maksiat & jahiliah yang amat berleluasa kini.

Kita ini asalnya adalah sama. Kita mengikat janji dengan Sang Pencipta; mahu beribadah, menjadi khalifah & penyampai.

Kita hakikatnya singa!



Ya, singa yang gagah itu. Raja rimba. Ngaumannya menggegar belantara.

Namun sayang, ada di luar sana. Yang kini sedang menjadi kijang-kijang kecut.

Yang punya ilmu, tetapi disimpan rapi untuk diri sendiri. Yang punya kesedaran tapi takut mahu disebarkan.

Ada dua jenis kijang disana. Pertama yang sedar tapi kecut & menghantarkan SOS ini kepada kita para dai’e. Kedua, mereka yang langsung hanyut. Tidak sedar pun mereka ini sedang disirami tembakan-tembakan Yahudi.

Boleh lihat nilainya pada putera/i keluaran sekolah-sekolah agama. Tahu tapi malu. Atau pada mat-rempit yang digelar sampah masyarakat. Tetapi terkadang ada juga yang boleh ke kuliah UAI.

Belailah hati mereka. Mana-mana pun, keduanya perlukan kita! Perlukan penyelamat.

Kerana pada ummat ini, masih ada abu api. Yang jika terus ditiup (di bela-bela), boleh jadi marak kembali. Jangan berhenti tiup, atau menangguh-nangguh. Kelak nanti bara terpadam, payah di nyala semula.

Sensitif, bukan menghukum.

Da’ie tugasnya menyuci, mendidik, menyampai. Bukan menghukum! Saya tahu semua begitu cakna dengan keadaan ummat Islam (sekali lagi, di Malaysia khasnya).

Tapi come on lah anda! Ye, anda yang sedang baca ini entry. Sikap kita yang sangat peka & sensitif dengan ke-nazak-an dan ke-tenat-annya ummat kini adalah suatu petanda baik! Petanda bahawa bara yang tinggal masih ada harapan untuk menyala.

Tapi jangan silap. Jangan sewenang menghukum. Me-label. Takut-takut kita hanya menyiram bara tadi dengan air, lantas terpadam lah ia. Apatah lagi, jangan mengkafirkan seseorang mengikut pandangan sendiri. Sebab kita bukan Tuhan.

Kan ada cerita Abu Zar Al-Ghifari memanggil Bilal bin Rabbah dengan gelaran ‘budak hitam’ maka Rasulullah berkata pada Abu Zar, “Sesungguhnya pada dirimu terdapat jahiliyyah!” Dan Imam Al-Bukhari menjelaskan dalam Sahih Bukhari, “Maksiat adalah perkara jahiliyyah tetapi pelakunya tidaklah menjadi kafir dengan melakukannya kecualilah bila berlaku syirik.”

Sambutlah tanganku,



Marilah bersama saya, menjadi lebih hebat dari Superman yang hanyalah menunjukkan identity menyegankan dengan spender kat luar, kita menjadi da’ie yang menyedarkan kijang-kijang yang telah takut, agar kembali menjadi singa. Agar Islam ini kembali memegang dunia.

Agar bara itu kembali menyala, berapi. Agar kita bersama gembira melihat kebangkitan Islam nanti, setelah kita juga berusaha membangkitkannya, tidaklah kita hanya melihat kebangkitan Islam dengan hanya menongkat dagu. Agar kita boleh menjawab pertanyaan Allah di akhirat, “Apakah usahamu?” dengan senang hati. Agar kelak kita bersama menghuni SyurgaNya dengan aman & gembira. Insya Allah J

Kita tak tahu mana-mana amal baik kita yang membuatkan beratnya timbangan kebaikan kita. Yang membuatkan Allah redha pada kita & rahmatNya meliputi kita. Justeru ikhlas, dan marilah, teruskan segala usaha! Sehabis daya.

Wallahu a’lam.

P/s: sebelum ada timbul isu tentang saya terlalu menggunakan binatang, bara & kartun. Ia sebagai analogi semata. Silalah ambil point utamanya.

P/s II: Post ni dah agak lama juga terpekasam dalam peti draft. Jadi harap maaf jika ayat sedikit pening. Kerana bergabung-gabung dengan penulisan baru.

5 comments:

Anonymous said...

Muntalaq!!!

Anonymous said...

kita menolak al-hawa. matang la kina sekarang. logam dh panas duk mesir ka? hehe

Fishy said...

shook run utk entri ni. sila share lg ye.

good job! i love animals, so no problemo.

*-EviLThRiLL-* said...

troll~

Anonymous said...

nice thought!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...