Thursday, April 12, 2012

Aku, Gigi dan Dakwah!

Bismillah.


Berkali-kali aku type dan padam.
Sehingga aku memaling kearah jam.
Aku telah zalim pada masaku.
Jika ditanya kelak ke mana kuhabisi.
Hanya di depan keyboard tanpa dapat menyedarkan mana-mana hati.

Sungguh aku bukan manusia masam.
Jika emosiku sedang rosak.
Langsung tidak mampu meniti jiwa.
Aku hanya mampu memberi saat aku penuh ceria.
Itu adalah aku.

Ya, itulah kelebihanku yang ku dakap.
Menyedarinya aku tidak perlu lagi bermasam pada sesiapa.
Pada apa masa sekalipun.
Senyumlah duhai hati yang tenang.
Kerna tanpa gigimu kau tidak mampu berbuat apa.

Wahai hati se-sakinah nama.
Kau tidak lama lagi disini.
Berbuat ihsanlah pada penduduk ini.
Agar kau menuntut satu dari 10 muwasafat- bermanfaat pada yang lain.
Allah bantu hatiku.

Kelak jika mulutku sudah tidak bisa lagi berbicara.
Agar jari ini menjadi saksi.
Aku mahu ikhlas dalam tiap gerakku.
Bersama siapa dimana atau apa.
Sakit kepala atau kosongnya jiwa.
Aku adalah si ceria yang mati jika tanpa gigi.

Marilah bantuku bukakan bibirku.
Agar senyum dan berkata.
Kerna kalian juga yang memerlukan manisnya gigiku.
Dan kalian perlu menjawab nanti dihadapan Tuhanku.
“Adakah kau membantuku dalam penyampaianku?”

STEP pertamaku, senyumlah.
Meski senyum ini atas jari.
Moga ia permulaan emosi.
Gigiku, saksi syahadahku.
J

"Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti akan perkataanku. Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keri keluargaku." (( 20: 25-29 ))


Wallahu a’lam.



8 comments:

RayyanKhalid said...

^______^

Anonymous said...

syafakillah!

Anonymous said...

salam'alayk... ni edisi berpuisi lps terkesan dgn muntalaq ke.. kan kalau puisi tu lbh kena dgn hati?? hehehh good job tahniah n teruskan!!
wpn x pnah jmpa gigi awk, tp repek jugak!! =))

Anonymous said...

mcm2 term org yg dh layak beri syahadatul haq ni. gigi pn boleh jadi saksi.... semoga Allah redha dgn setiap usaha kita. bangunlah wahai umat pertengahan!

Nur Sakinah Nabilah, said...

Anony 1
Allahu yasyfik! :)

Anony 2
Wslm hey3. Ambe menulis mengikut mana yg mudah difahami. Tp btol jugak penangan muntalaq ;)

Anony 3
Err. Sume pn akn jd saksi kt akhirat kelak kan. Sbb tu kena guna sehabis baik! :D

Nur Sakinah Nabilah, said...

Ka rayyannnn :)

Anonymous said...

kuatnya hati mu.boleh ingat nak tunaikan muwasafat walaupun sakit.moga Allah balas dgn sebaik-baik ganjaran.

Anonymous said...

kinabell....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...