*entry bukak sekolah*
Bismillah..
Habis puasa, habis beraya, masih dalam syawal & banyak undangan.
Sekarang suatu musim telah bermula dalam kehidupan saya dan rakan seangkatan yang lain. Musim apakah?
Inilah musim GERUN-GENTAR.
Inilah undangan hebat buat saya dan rakan-rakan hebat saya.
Maklumlah SPM pun makin menghampiri. Mungkin semua tahu & faham belajar & apa perkara pun adalah ikhas hanya kerana Allah Ta'ala semata-mata.
Namun, apakah semua mampu mengikhlaskan hati sehabis mungkin? Alhamdulillah..
Ayat penguat jatuh-bangun dalam industri pelajaran:
Allah sedang berkata-kata dengan anda..
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Al-Imran: 185)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)
"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yan tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina, dan sebagainya), maka mereka itulah orang-oran yang melampaui batas. Dan (sunguh beruntung) orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal didalamnya." (Al-Mukminun: 1-11)
"Sungguh, Kami telah memberi kepadamu kemenangan yang nyata. Agar Allah memberikan ampunan kepadamu (Muhammad) atas dosamu yang lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan menunjukimu ke jalan yang lurus, dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada.) Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (Al-Fath: 1-4)
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh Dia Maha Penerima Taubat." (An-Nasr: 1-3)
Allah sedang berlembut memimpin anda ke arah kejayaan sebenar!
Akademik VS Ilmu
Akademik lebih kepada pendidikan secara formal, silibus yang diajar dalam kelas. Akademik ada penilaian CGPA, ada gred, kena ikut silibus yang ditetapkan.
Akademik anda study sebab nak exam, anda masuk hall, jawab exam, dapat result A, then trus lupa apa yang dipelajari. (kalau tak lupa, good for you)
Bermaksud ; orang ni ada kelayakan akademik tinggi tapi tak semestinya berilmu tinggi, sebab pengahayatan tentang apa yg dipelajari itu tidak ada.
Ilmu ni merupakan skop yang lebih luas, tak semestinya diajar dalam kelas.
Ilmu hitam contohnya, bukan akademik, tak diajar dalam kelas (except Sekolah Harry Potter)
Ilmu tidak ada sistem penilaian formal, anda boleh cari ilmu dimana-mana sahaja, bila-bila masa, tak ada assignment, tak ada test.
Anda boleh improve bila-bila masa yang anda suka.
Thomas Alva Edison, home-schooled, no academic achievement, but knowledeable (if not macam mana dia cipta lampu?)
Get my drift?
Allah kan mengangkat darjat orang yang berilmu ^_^
Setelah berusaha, maka bertawakkal lah kepada Allah.
Doakanlah diri anda. Asyik meminta untuk berjaya, jangan lupa doa supaya sihat fizikal rohani. Saya selalu lupa untuk doa supaya sihat. Bila musim periksa, saya memang selalu sakit. Sakit kecut-perut. Well-well..
Tahu tak senyum mampu menjadikan anda berjaya?
Ya, anda tahu. Maka senyum saja lah! Percayalah, orang takkan kata anda gila malah mereka akan senyum sama. Saya biasa cuba.
Tahu tak syukur adalah tips menuju kejayaan?
Ya anda tahu.
Tapi sehebat-hebatnya, jika anda tak berjaya even anda dah bersyukur dengan yang sedia ada, ketahuilah sesungguhnya anda SUDAH berjaya.
Berjaya untuk bersyukur!
In fact, jika anda gagal mendapatkan impian anda untuk berjaya dalam exam, yakinlah bahawa perubahan yang telah anda lakukan untuk step ke arah kejayaan itu sendiri adalah suatu impian kejayaan!
Pokoknya, Allah telah menyusun sesuatu yang lebih hebat dari apa yang anda rancangkan. Silalah redha! (Ya saya sedang redha)
P/s: 'Anda' di dalam post adalah khasnya buat saya. Umumnya buat pembaca.
P/sII: Tak payah la harapkan gambar, umpama menanti bulan jatuh ke riba saje.
Wallahu a'lam..
11 comments:
salam..
jazakillah!!!
lpas bca td, trasa sgt2..
trasa yg slama ni bnyk kali sgt xbrsyukur tym exam..
insya Allah, lpas ni akan lbih bnyk bersyukur, walau apa pun terjadi!!
shukran jiddan!!
man jadda wajada..
waman hasada...?
slmt berusha!
syukran giddan atas peringatan menakjubkan. tabik springg buat nur sakinah nabilah.
jadi ana kne bersyukur w/pun BELUM berjaya? ok take note! :))
yups,take note...
SIJIL PERSEDIAAN MATI?
uisk,relax ar...spm je pun...hehhe..doaku buatmu selalu~
-c'la-
Assalamualaikum w.b.t..
Saya akan rindukan fatherland saya berserta kawan solehah saya ini.
Sakinah, tak bercadang nak jadi penulis ke? Macam Hilal ke. Hehehe
-Hamba Allah yang merindui-
ana suka bab akademik VS ilmu! seronOk baca.
ahaha,
"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu nak dustakan lagi hah?"
eih, ALlah x tego garang2 la..
ALlah ckp bek2,,,
"maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan"
salam..bes2
Post a Comment