Bismillah..
Apa khabar iman awal Ramadhan? :)
Ye, pasti baik-baik!
Suatu masa ketika berjalan kaki menuju ke masjid, usai waktu persekolahan, saya di tahan oleh seorang budak perempuan yang saya kira berumur standard sekolah menengah. Berpakaian biasa, tudung biasa, baju biasa-biasa, muka biasa, biasa sokmo, eh tak, muka dia muka simpati..
"Kak kak, err.. Assalamualaikum.."
"Hek, waalaikumussalam.."
"Erm, kak, nak minta tolong sikit boleh?"
"Aaa, sikit je.. Ada apa?"
"Macam ni, wallet saya tertinggal kat rumah & sekarang saya nak balik rumah, naik bas tapi tak cukup duit tambang.."
"Oh, jadi apa yang akak boleh bantu sikit tu?"
"Hehe.. Minta pinjam duit.. Boleh?"
"Haha.. Janganlah pakai istilah pinjam, nanti tak tahu bila boleh jumpa semula & awak dikira berhutang.. Cakap je la nak... Hehe.. Rumah kat mana?"
"Hehe ok-ok.. Rumah kat Kuala.. Boleh ke??"
"Kuala?? Kuala Selangor? Aduh!"
"Ha, RM2.. Boleh kak?"
"Erghh boleh, memang boleh.. Tapi akak PUN tak bawa wallet.."
"Oh ye ke.. Takpelah kak.. Terima kasih, assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.."
Dan masing-masing meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing..
Sambil berjalan, saya terfikir-"Aik, aku memang cuma dapat tolong dia SIKIT je macam yang dia minta ke? Aku cuma mampu berbalas-tanya je? Haih tak boleh jadi aku ni.. Dah la hari ini aku telah hilang satu pahala yang kebiasaannya orang lain mampu buat Ramadhan ni.. Ish, kena topup ni!"-Saya bermonolog.
Lantas saya terpandang akan Kad Matrik yang tersangkut pada tudung. Oh ye, ada kad bank & I/C bersama-sama dengan porch Kad Matrik sekolah saya tu.
Maka tanpa berlengah. Saya berjalan pantas mencari bank dengan niat dapat tolong budak tadi..
"Harap-harap kat dalam simpanan tu ada duit.. Ergh.."
"Manalah dia nak cari orang yang tiba-tiba dia boleh nak tegur & minta pinjam duit secara tiba-tiba hanya dengan pengenalan singkatnya bahawa walletnya tertinggal"
"Siapa nak senang-senang je percaya?"
"Siapalah yang nak bagi dia pinjam duit?"
"Orang macam mana lagi yang dia akan beri kepercayaan untuk memberikan bantuan RM2?"
"Harap-harap sangat aku sempat jumpa balik budak tadi tu.."
"Allah, bagi aku keizinan tolong budak tadi tu.. Dia dalam kesusahan.."
"Aku seorang je kot yang boleh dia percaya dengan penampilan aku yang berjubah & tudung labuh tadi.. Jadi aku kena tolong jugak!"
"Harap-harap dengan berpatah-balik mencari budak tadi ni bukanlah suatu tindakan bodoh kerana begitu bersusah payah pada dia yang aku tak begitu kenali"
"Harap tak sia-sia.. Allah, redha-redha..!"
Macam-macam yang ligat di minda saat itu..
Kehulu, kehilir, berpusing-pusing di tengah bandar Klang..
Ada lagi suatu di fikiran, "Ayah janji nak ambil aku. Harap-harap aku tak buat ayah menunggu. Aku nak tolong orang dalam kesusahan, takkan lah dalam masa yang sama aku menyusakan ayah pula?"
Akhirnya, setelah 'bertawaf' beberapa kali, saya jumpa semula dengan budak tadi. Dia berada di depan kedai kain, berhampiran sekolah saya..
"Dik dik.. Assalamualaikum.."
"Eh akak.. Waalaikumussalam.."
"Erm, boleh tolong sikit tak?"
"Eh akak ni.. Erm, tolong apa?"
"Tolong gunakan duit ni kejalan yang Allah Redha.."
"Erk! Akak.. 10 ringgit??? Byk sgt ni!!"
"Heh, doakan akak.. Akak dah lambat, pergi dulu ye.."
"Erk! Hah ok-ok.. Erk!!!!"
"Assalamualaikum, jaga diri ye.."
Saya berjalan laju sebab rasa macam ada vibrate dalam poket baju. Menandakan mungkin ayah call sebab ayah dah sampai.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Nota tapak kaki:
-Sila bawa sedikit duit ditangan atleast untuk kecemasan. Kalau bukan untuk kecemasan kita, kecemasan pihak lain, mungkin.
-Berfikirlah secara matang. Anda pasti mampu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan anda, insyAllah.
-Sepatutnya saya mungkin patut ambil contact number dia. Mana tau kot-kot dia boleh jadi mad'u kita.
-Kadang-kadang kita perlu ada perasaan PERASAN. Perasan bahawa saya adalah orang yang dia percaya untuk bantu dia.
P/s: Kejadian ni berlaku hari yang sama dengan saya merasakan betapa "Dakwah itu suatu kerja yang sangat berat & saya tersangat tidak mampu!" Selama kat Hira', tak pernah pun rasa down dengan dakwah. 1st time rasa sebab semua pihak mencaci. Tiba-tiba teringat Rasulullah kena baling batu, kena panggil gila dsb masa proses dakwah beliau.. Nak tak nak, budak tadi telah membawa semangat baru dalam 'jihad' saya.
Ustaz saya pesan, "Ramadhan ni, kita cuma disuruh pegang PEN & KITAB sahaja, bukan macam peristiwa Badar Al-Kubra yang diminta hunus PEDANG. Kita diminta naik TANGGA & duduk atas KERUSI je, bukan diminta TUNGGANG KUDA!"
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Al-Quran)
"Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya ketika bulan Ramadhan, Allah akan menunaikan seribu hajatnya di hari akhirat kelak." (Hadith)
Wallahua'lam.
*mungkin post-post saya yang mendatang memang telah ditakdirkan untuk tiada gambar :P
7 comments:
wah, kinah! u did great job. alangkah bahagianye klau bdak itu kte.. =p
to unknown,
haha..
klau cmtu, b4 fly, rajin2 la turun bandar Klang.
Ada rezeki, xde hal je, insyAllah.. :D
seronoknya.....dh la ramadhan pahala berlipat ganda...nape baik hati sgt bg smpai 10rnggt ea???
Amiin3..
Moga amalan kte DITERIMA..
Hehe sbb x tau pun mendatang duit tu mampuku gunakan dgn baik.. Alang-alang rezeki sedekah dh depan mata, baik lillahi ta'la je.. :)
P/s: Kan semua org mampu berfikir secara matang.. :P
mumtaz..ana bangga dpt shbt mcm anti..subhanAllah.. :-)
cerita lah lanjut pasal budak tu k.kina....kan k.kinah cite die jmpa k.kinah... hihihi
To Anonymous (26/8),
Ohh, jzk.. :)
Ana pun bangga dgn nt even ana x knl nt.. :P
To Anonymous (27/8),
Ahah..
Ok2 insyAllah.. Tp blog ni x pnah lg ada episod2 yg bersiri.. :D
P/s utk kedua2 anony..
Lihatlah betapa ana terpaksa khaskan tarikh nk reply komen ntuma.. Lainkali ltk nama ye? :)
Post a Comment