Thursday, June 17, 2010

selepas mujahadah

Bismillah..
"Futur selepas mujahadah, adalah kecacatan pada permulaanya"


Tak tipu, selepas mendapat suatu khabaran, saya tersangat down!

Lalu ditegurNya.

Ingat tak kisah salah seorang sahabat?
Yang pekertinya disenangi penduduk langit & bumi?

Beliau pemimpin Hims semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.
Tatkala salah seorang penduduk Hims datang menghadap Umar, Umar lantas berkata, "Khabarkan padaku nama-nama fakir miskin di Hims agar aku tunaikan tuntutan mereka."
Salah satu namanya adalah Said bin Amir. Lantas Umar bertanya, "Siapakah dia Said bin Amir?"
Penduduk Hims menjawab, "Beliau adalah pemimpin kami. Demi Allah, Benar. Sudah beberapa hari asap tidak mengepul dari dapur rumahnya."

Khalifah Umar Al-Khattab lalu menangis hingga air mata membasahi seluruh janggutnya sambil menyiapkan 100 Dinar dan berkata kepada penduduk Hims tadi, "Sampaikan salamku pada Said bin Amir pemimpinmu dan berikan ini padanya sebagai tuntutanku buatnya."

Setibanya di Hims, penduduk Hims itu memberikan dinar tersebut kepada Said bin Amir.

Usai melihat isinya, Said terduduk dan berkata, "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.."
Isterinya lalu bertanya, "Apakah Khalifah Umar meninggal dunia?"
Said menjawab, "Bahkan lebih besar daripada itu."
Isterinya bertanya lagi, "Apakah kaum Muslimin diserang musuh?"
Said menjawab, "Bahkan lebih besar daripada itu."
Lalu isterinya bertanya lagi, "Lalu apakah yang lebih besar itu?"
Said lantas menjawab, "Dunia dan seisinya sedang menjemput dan menggodaku."

Akhirnya Said membahagikan wang tadi dan menghantarkannya kepada penduduk-penduduk Hims.

Beliaulah,
Said Ibn Amir Al-Jumahi.


Nah! Begitu dibandingkan dengan diri saya, sungguh hina diri ini jika terus enak dengan kekenyangan dunia.

Anas Ibn Malik Al-Ansari pernah berkata, "Aku akan sentiasa bersemangat mengikuti ucapan dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W, mencintai apa yang Baginda cintai dan membenci apa yang Banginda benci!"

Dan kini saya menyemat kata-kata Anas pada diri saya!
Moga Allah meredhai kehidupan kita, yang lalu dan menjelang..

Wallahu a'lam.

7 comments:

Anonymous said...

Akak,pe khbrn y akak dapat???cte rr...smoge Allah ma'aki

Anonymous said...

"fatrah ba'da mujahadah fasad min ibtida'"

Dilaila said...

Anas Ibn Malik Al-Ansari pernah berkata, "Aku akan sentiasa bersemangat mengikuti ucapan dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W, mencintai apa yang Baginda cintai dan membenci apa yang Banginda benci!"

SUKA3!!!! (^_^)

Anonymous said...

cuba belek semula kisah femes thufail ad-dusi pulakk...hehh

Anonymous said...

Allah ma'aki..
suka sgt2 post awakk :))

myasyirahahmad said...

kinabelle maken matang oo
good job!
*two thumbs up*

Nur Sakinah Nabilah, said...

hal skola dik.. :)

jazakumullah..

Allah ma'a ana! yeahh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...