Wednesday, May 13, 2020

Didik anak sesuai zamannya

بسم الله الرحمن الرحيم

Ting!, Bunyi WhatsApp masuk.

Tertera nama Hud Huda. Nabilah Huda sebenarnya, nama nak artis. Aku selalu pendekkan nama orang jadi 3-4 huruf je, asalkan dia bahagia. Bekas pelajar aku masa aku belajar menjadi cikgu di sekolah.

"Muallimah, kan ada kata-kata didiklah anak sesuai dengan zamannya. Sahih ke?"

Sejujurnya dulu aku dengar ini adalah quote kata-kata Ali RA, dah tua sikit aku dengar ini kata-kata Umar RA. Zaman sekolah dulu, nak request dekat mak supaya belikan handphone, dalil ini la yang di jadikan hujah 😅

"Muallimah, apa maksud sebenar kata-kata ni? Betul ke nak kena ikut zaman? Kan zaman sekarang makin teruk?"

Jadi cikgu, selamanya cikgu. Aku dengar bekas pelajar ayah aku selamanya panggil ayah aku muallim, walau ayah dah penuh beruban. Student mak aku selamanya panggil mak aku madam, walaupun anak mereka dah berderet time terjumpa kat kenduri.


"Hud pernah dengar tak hadith yang ajarilah anak kamu menunggang kuda, berenang dan memanah?"

"Pernah muallimah"

"Maksud langsung hadith ni nak suruh kita boleh tunggang kuda, berenang dan memanah. Selain itu, apa maksud tak langsung dia awak rasa?"

Jeda. Tarawih dulu, moreh dulu.

"Sebab nak suruh anak-anak jangan bazir masa kot?" Dia menebak.

"Betul dah tu, lagi?" Aku cuba mengasah. Rata-rata pelajar aku sejenis aku je, malas. Malas berfikir. Kalau boleh, nak semua kena suap je!

So memandang dari kacamata indirect meaning hadith ini yang boleh di ambil pakai adalah nabi nak suruh ajar anak survive. Kalau zaman sekarang adalah zaman internet murah, bebas, capaian akses yang yang meluas, anak-anak serba sedikit nak survive mungkin kena pandai IT; pandai menulis, rekod video, pandai masak, menggunakan kuasa viral untuk perkara kebaikan yang ramai orang boleh tiru, pandai edit gambar, masak buat kek, buat video- main tiktok (?)

Yela Hud, takkan awak nak naik unta lalu highway dari Bangi ke Jeram untuk balik asrama? Kena la bagi ikut zaman. Bagi, tapi DIDIK. Didik ini yang susah, mencabar untuk ibubapa dan guru. Nak bagi ikut zaman, senang je. Nak didik ikut zaman, menuntut pengorbanan! Kalau ibubapa tak mampu nak mendidik anak-anak ini, mereka akan cari pengaruh daripada keadaan persekitaran mereka. Yang ini, yang buat anak-anak jadi melata.

Firman Allah SWT:
إِنَّمَاۤ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةࣱۚ
Maksudnya:
"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,"
(Surah At Taghabun: 15)

Matang. Aku kena tunggu jadi cikgu dulu rasanya, baru nak betul-betul ada rasa kesedaran nak mendidik. Dah kenapa budak ini umur 17 tahun dah sembang pasal pendidikan! Kalau nak tulis panjang lagi nak kena cerita macam mana yang namanya nak didik anak sesuai dengan zaman ni.

Next post (dalam mimpi)

Monday, May 4, 2020

Agama bukan candu

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu masa, saya secara tidak sengaja telah di minta oleh seorang wanita untuk mengajarkannya memperbaiki bacaan al Quran di sebuah masjid. Masjid tersebut merupakan sebuah masjid besar dan mewah berhampiran kawasan perumahan golongan bangsawan. Setelah melihat kepada jadual perjalanan masjid, kami memutuskan suatu masa untuk dijadikan sebagai masa pengajian wanita ini agar tidak mengganggu sebarang aktiviti masjid.

Meskipun  kami hanya duduk berdua di hujung sudut ruangan pada waktu tiada sebarang aktiviti rasmi masjid, tiba² datang seorang wanita saya kira lewat 60 an meninggikan suara kpd kami, meminta kami keluar dan menamatkan sesi pengajian al Quran tersebut kerana beliau terganggu ketika hendak melaksanakan solat sunat apabila mendengar suara bacaan al Quran dari wanita yg meminta saya mengajarkannya al Quran ini. Kata makcik tersebut, ustaz kata (merujuk kpd ilmu yang diperolehi dari kelas pengajiannya (?)) orang yang solat lebih utama berbanding orang yang sedang tilawah, jadi mesti menghormati mereka yang sedang solat dan tidak membuat bising +$7={¢=✓=€)$(

Kami terdiam. Kami diperlakukan seperti kami telah menceroboh masuk ke bilik persendirian makcik tersebut dan merompak barangan peribadinya pula.

**

Berapa ramai manusia yang merasakan dia telah beragama padahal sebenarnya dia gagal dalam beragama? Dia merasakan cukup, tenang dan baik dengan banyaknya melaksanakan bentuk² ibadah solat, puasa, pergi berjemaah di masjid dan menghadiri banyak majlis agama. Agamanya hanyalah pada ritual semata².

Sedangkan agama yang sebenar adalah suatu cara hidup yang sebati, ia berkekalan dalam diri kita dalam semua setiap satu urusan kita. Agama bukan hanya sekadar di cari saat hati merasa gundah dan melepaskan ia pergi dari hidup setelah hilang resah. Dia tak hanya dicari untuk medatangkan rasa tenang dan damai.


Agama yang sebenarnya akan menjadikan kita lebih manusiawi. Bukan kah dunia adalah ladang akhirat? Jadi, agama mesti sebati dengan humanis. Jangan terpenjara hanya dengan keindahan si jubah dan cerita solat malam yang penuh dengan linangan air mata, kalau hakikatnya kita tiada hablumminannas yang membumi dalam jiwa.

Firman Allah SWT ini wajar kita renungi untuk situasi ini:

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Surah an-Nisa’: 36

Maksudnya:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;"

Menurut para ulama, tuntutan agar berbuat baik (kepada ibubapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran dekat & jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan even hamba pun) ini di ikat dengan ayat yang menyeru agar kita bribadah dan tidak berlaku syirik kepada Allah.

Nak kata sama besarnya keperluan melaksanakan kedua tuntutan ni; baik tidak syirik kpd Allah dan berbuat baik- ia sama² besar dan penting.

والله اعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...